ASSALAMUALAIKUM W.B.T
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.
Bersyukur kita ke hadrat Ilahi, dengan limpah dan kurniaanNya, kita masih dapat bernafas, dapat merasai nikmat Islam dan Iman.
Semoga kandungan yang disediakan dapat dijadikan renungan, pengajaran, panduan dan iktibar bersama.
Segala yang baik datangnya dari Allah, dan yang buruk itu datangnya dari hambaNya yang kerdil lagi hina.
wallahua'lam

AHLAN WASAH LAN WA MARHABAN BIKUM

Monday 8 October 2012

tentang aku dan dia



JIKA AKU JATUH CINTA



Ya Allah jika aku jatuh cinta,

cintakan kau pada seseorang

yang melabuhkan cintanya
padaMu, agar bertambah
kekuatanku menyintaiMu.

Ya Muhaimin jika aku jatuh hati
izinkanlah aku menyentuh hati
seseorang yang hatinya tertaut
padaMu, agar tidak terjatuh aku
pada jurang cinta nafsu..

Ya Rabbana jika aku jatuh
hati, jagalah hatiku
padanya, agar tidak
berpaling daripada
hatiMu

Ya Rabbul Izzati jika aku
rindu, rindukanlah aku
seseorang yang
merindui syahid di
jalanMu

Ya Allah jika kau menikmati
cinta kekasihMu, janganlah
kenikmatan itu melebihi
kenikmatan indahnya
bermunajat di sepertiga malam

terakhirMu


Ya Allah jika aku jatuh hati
pada kekasihMu, jangan biarkan
aku tertatih dan terjatuh dalam
perjalanan panjang menyeru
manusia kepadamu

Ya Allah jika kau halalkan aku
merindui kekasihMu, jangan biarkan
aku melampaui batas sehingga
melupakan aku pada cinta hakiki dan
rindu abadi hanya
kepadamu.

Amin.

Hadis-hadis

Sabda Nabi SAW "Akan datang Panji-panji Hitam dari Timur, seolah-olah hati mereka adalah kepingan-kepingan besi. Sesiapa mendengar tentang mereka, hendaklah datang kepada mereka dan berbaiatlah kepada mereka, sekalipun merangkak di atas salji." |Al-Hafiz Abu Naim|

Sunday 23 September 2012

Hukum mewarnakan rambut



Hukum mewarnakan rambut

Soalan
Assalamualaikum,
Apa hukumnya mewarnakan rambut?

Jawapan :
Islam adalah agama yang mementingkan kebersihan dari kecantikan. ini selaras dengan sabda nabi SAW yang bermaksud : "Sesungguhnya Allah itu cantik dan sukakan kecantikan dan ia bersih dan sukakan kebersihan". 

Oleh yang demikian, perbuatan mewarnakan rambut selain daripada warna hitam adalah harus dengan syarat pewarna tersebut tidak mengandungi bahan-bahan najis dan telap air serta tidak bertujuan untuk menunjukkan kecantikan kepada orang lain.
Ulama telah bersepakat mengharuskan mencelup warna rambut dari warna hitam ke warna lain seperti merah dan lain-lain, samada dengan inai dan apa jua pewarna yang dibenarkan syarak. Mereka semua berdalilkan dengan hadith-hadith riwayat An-Nasaie, At-Tirmidzi, Ahmad, dan Muslim. Hampir kesemuanya mempunyai sanad hasan dan shohih dengan perawi yang thiqah. Bagaimanapun ia diikat dengan syarat berikut :- 
1- Pewarna tersebut bukannya jenis yang kekal, jika tidak ia dikira mengubah ciptaan Allah SWT yang diharamkan.
 
2- Menggunakan pewarna yang suci dan halal.
 
3- Tidak mengakibatkan mudarat terhadap kesihatan individu. Seperti Kanser, kekeringan rambut dan merapuhkannya, atau alergik ataupun mudarat terhadap janin  akibat bahan kimia pewarna tadi.
 
4- Memutihkan rambut iaitu dengan mengikis warna hitamnya dengan tujuan utk menghasilkan warna baru rambut yang lebih cantik, adalah makruh. kerana ia menukar ciptaan asal Allah.
HUKUM MENCELUP UBAN PUTIH KE HITAM 
Ulama telah berbeza pandangan dalam hal ini seperti berikut :-
 

1. Makruh 
Ia adalah pandangan Mazhab Maliki, Abu Hanifah, sebahagian ulama Syafie seperti Imam Ghazali, Al-Baghawi. 
Tetapi kiranya ia dibuat untuk tujuan menakutkan musuh di dalam peperangan ia adalah HARUS. 
Dalil mereka : 
a) Sabda Nabi SAW :
 "Tukarlah ia (warna rambut, janggut & misai ) dan jauhilah dari warna hitam" (Shohih Muslim) 
b) Berkata Ibn Umar ra :
 "Kekuningan pewarna para mukmin, kemerahan pewarna para Muslimin, Hitam pewarna puak Kuffar" (Riwayat At-Tobrani, Al-Haithami) 
c) Nabi SAW bersabda : "Barangsiapa yang mewarnakan rambutnya dengan warna hitam, nescaya Allah akan menghitamkan wajahnya di akhirat kelak" (Al-Haithami, bagaimanapun Ibn Hajar berkata seorg perawinya agak lemah, bagaimanapun rawi tersebut diterima oleh Imam Yahya Mai'en dan Imam Ahmad) 

d) Dalil aqal, ia dikira suatu penipuan.
 
2. Haram
Ia adalah pandangan Mahzab Syafie. Dikecualikan kiranya utk jihad. Mereka berdalil dengan dalil kumpulan pertama tadi.
 

3. Harus tanpa Makruh 
Ia adalah pandangan Imam Abu Yusof dan Ibn Sirin.
 
Dalil mereka : 
a) Sabda Nabi SAW :
 "Sebaik-baik pewarna yang kamu gunakan adalah warna hitam ini, ia lebih digemari oleh isteri-isteri kamu, dan lebih dpt menakutkan musuh" (Riwayat Ibn Majah, bagaimanapun ia adalah hadith Dhoif) 
b) Diriwayatakan bahawa sahabat dan tabi'ein ramai juga yang mewarnakan rambut mereka dengan warna hitam. Antara Sa'ad, ‘Uqbah bin ‘Amir, Az-Zuhri dan diakui oleh Hasan Al-Basri. (Lihat Fath al-Bari, Majma' az-Zawaid dan Tahzib al-Athar oleh At-Tabari)
Suka disebutkan di sini setiap mazhab mempunyai dalil masing-masing yang tidak dpt disebutkan kesemuanya di sini, demi meringkaskan tulisan ini. 
Kesimpulan Hukum 
Akibat terdapat zahir hadith dan athar yang bertembung antara satu sama lain, maka fuqaha mengambil jalan membuat takwilan bagi menggabungkan hadith-hadith ini. Ia seperti berikut :
a) Hadith larangan adalah menujukan kepada larangan penipuan umur yang tua akibat tua dan uban maka dihitamkan bagi kelihatan lebih muda. Tidak kira dari kalangn lelaki mahupun perempuan. Ia dilarang oleh Islam.
b) Adapun hadith yang mengharuskan adalah dalam keadaan dan sebab2 yang diiktiraf oleh syarak, seperti perang bagi menakutkan musuh, ataupun ia tidak mengandungi unsur penipuan, seperti merawat penyakit dan lain-lain.

Mandi bunga khurafat



Mandi bunga khurafat
Soalan
Saya sering dilanda malang yang turut membabitkan orang lain. Jika saya keluar dengan keluarga atau kawan, sering berlaku perkara tidak diingini. Yang peliknya jika mereka pergi tanpa saya, tiada berlaku masalah.
Kawan menganggap saya membawa malang. Ada yang menyuruh saya mandi bunga atau menjalani perubatan tradisional untuk membuang sial.
Ini membuatkan saya lebih suka menyendiri di rumah dan tidak lagi keluar bersama mereka supaya tidak berlaku kejadian buruk.
Soalnya, apakah definisi sial atau malang dalam Islam?
Adakah ia benar-benar wujud dan bolehkah saya menjalani rawatan tradisional (serta mandi bunga) untuk membuang sial itu? Apa perlu saya lakukan?
Jawapan :
Tiada istilah orang malang atau orang suci dalam Islam. Kepercayaan ini sebahagian daripada kurafat yang dibanteras Nabi sejak zaman jahiliah. Jika berlaku satu-satu keburukan dengan kehadiran saudara, ia secara kebetulan.
Tuhan tidak zalim untuk meletakkan malang dan sial pada seseorang. Cuba amalkan membaca doa keluar rumah yang diajar Nabi, di mana dalam doa ini meminta Tuhan melindungi kita daripada dizalimi atau menzalimi, memperbodohkan atau diperbodohkan.
Jika doa ini diamalkan, insya-Allah tiada malang berlaku. Tiada syariat dalam agama menyuruh amalan mandi bunga, Cuma bunga ada khasiat tersendiri, oleh itu jika mahu mandi bunga kerana khasiat bunga itu tidak menjadi kesalahan, tetapi jika mandi bunga dengan niat menghilangkan sial atau malang, ia satu kurafat.


# NI ADALAH PERSOALAN SEORANG YG DI ALAMA OLEH SEORANG WANITA DAN SY TERJEMAHKAN DALAM PERSOALAN INI...MAKLUMAT INI DI PEROLEHI DARIPADA JAKIM..