Panduan elak diri dari Sihir
Soalan : -
Ustaz, saya telah memulakan perniagaan kira-kira enam bulan
yang lalu dengan membuka sebuah warung makanan. Pada mulanya perniagaan
berjalan lancar tetapi setelah dua bulan, perniagaan mula merosot. Adakalanya
saya hanya mendapat sebanyak RM20 sehari. Lauk-pauk yang banyak terpaksa
dibuang begitu sahaja.
Saya ada memanggil dukun untuk menengokkan perniagaan saya.
Kata dukun tersebut, ada orang yang telah menyihir saya. Kemudian baru saya
teringat saya pernah terjumpa sebuah bungkusan yang mengandungi tanah dan
beberapa barangan lain ditinggalkan di kedai saya dan saya terus membuangnya ke
dalam tong sampah.
Saya ingin meminta nasihat daripada ustaz, apakah
amalan-amalan yang patut saya buat bagi menghindari perbuatan sihir seperti
ini.
Jawapan :
Pertamanya, perlu lebih berhati-hati dalam berjumpa,
mendapatkan dan percaya dengan dukun-dukun. Ini kerana Nabi SAW pernah
mengingatkan : "Sesiapa yang mendatangi tukang tilik dan tukang tenung (
bagi mendapatkan bantuan berkaitan ghaib), kemudian mempercayai ramalan si
tukang/dukun tadi, maka ia (yang pergi berjumpa itu) telah pun kufur dengan
agama Nabi Muhammad SAW " ( Riwayat Al-Bazar & Abu Ya'la, Albani :
Sohih, Ghayatul Maram)
Kedua : Bagi melindungi diri dari sihir, yang terbaik
adalah anda sentiasa menjaga solat lima waktu serta meningkatkan kualiti solat.
Membaca al-Quran dan zikir secara berterusan dan komited. Ini ternyata
dari firman Allah ertinya :
" Sesungguhnya tidak ada
kekuasaan bagimu (Syaitan) terhadap hamba-hambaKu, kecuali (kamu punyai kuasa)
ke atas mereka yang mengikut kamu, iaitu orang-orang yang sesat"
(Al-Hijr:42)
(Al-Hijr:42)
Juga satu lagi firman Allah SWT ertinya : "Sesungguhnya
Syaitan itu tidak ada kekuasaannya atas orang-orang yang beriman dan bertawakkal
kepada Tuhannya"
(An-Nahl :99)
(An-Nahl :99)
Sebelum saya menyebut beberapa ayat yang boleh di amalkan
bagi mengelak sihir, sesorang itu perlulah jelas beberapa fakta terlebih dahulu
:-
1) Kewujudan sihir telah diiktiraf oleh Allah SWT di dalam
al-Quran dan boleh datang dalam pelbagai bentuk.
2) Sihir boleh termasuk dalam perkara yang membawa sesuatu
manfaat atau kejahatan . Ia berdasar firman Allah : "
... Mereka mengamalkan apa yang diajarkan oleh syaitan pada masa
kerajaan Sulayman. Padahal Sulayman itu bukanlah dari golongan orang yang
ingkar. Mereka mengajarkan manusia ilmu sihir, yang diturunkan kepada kedua
malaikat di negeri Babel, iaitu Harut dan Marut. Sedang keduanya tidak
mengajarkan sesuatu kepada seseorang pun sebelum mengatakan "sesungguhnya
kami hanya cubaan dan janganlah kamu kufur dan menyalah gunakan ". Tetapi manusia
mempelajari dari keduanya dan digunakan (mengikut ajaran syaitan) untuk
mencerai beraikan suami isteri.... Bahkan mereka yang ingkar akan merasakan
yang amalannya itu semata mata menyakitkan dan tidak memanfaatkan mereka
pun"(Al-Baqarah :102)
3) Sihir tidak boleh berfungsi dan memberi sebarang kesan
kecuali dengan izin Allah SWT , ia dari firman Allah SWT : "..Sesungguhnya
mereka tidak dapat membinasakan sesiapa pun tanpa keizinan Allah.
(Al-Baqarah :102)
(Al-Baqarah :102)
4) Amaran Allah dan RasulNya bagi pengamal ilmu sihir :-
Ertin firman Allah : "
Oleh itu mereka akan ketahui dengan sepenuhnya sesiapa yang mengamalkan ilmu
sihir, tidak akan mendapatkan bahagian yang baik di hari Akhirat
kelak. (Al-BAqarah :102)
Sabda Nabi SAW tentang dosa besar sihir :
Ia berdasarkan hadith nabi SAW
: Ertinya : "Jauhilah tujuh dosa besar, Syirik, Sihir, membunuh
tanpa hak, makan harta anak yatim, makan riba, lari dari medan peperangan
(kerana takut) dan menuduh perempuan yang suci dengan zina ( tanpa saksi adil)
" ( Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Beberapa cara di bawah bolehlah di amalkan untuk mengelak
sihir :-
1) Al-Fatihah.
2) Membaca tiga surah terakhir
atau 3 Qul setiap hari.
Ia berdasarkan hadith :
قال لي رسول الله صلى الله
عليه وسلم : إقراء قل هو الله أحد , والمعوذتين , حين تمسي و حين تصبح , ثلاث مرات
تكفيك من كل شيء ( رواه أبو داود والترمذي )
Ertinya : Baginda S.A.W telah berkata kepadaku : "Bacalah
Qul Huwa Allahu Ahad" (al-ikhlas) dan (surah an-Nas) dan (surah al-falaq)
sebanyak 3 kali ketika pagi dan petang, ia mampu mencukupkan kamu dari segala
sesuatu.( At-Tirmidzi, Bab Doa yang disebut Ketika Ingin Tidur, no 3570 ; Sunan
Abu Daud, Bab Apa Yang Dibaca Ketika Subuh, no 5072 ( Nuzhatul Muttaqin, no
1457 , 2/229 ) At-Tirmidzi : Hasan Sohih, An-Nawawi : Sohih
3) Ayat al-Kursi
selepas solat (iaitu surah Al-Baqarah ayat 255)
Dalilnya :
من قرأ آية الكرسي دبر كل
صلاة لم يمنعه من دخول الجنة إلا أن يموت ( رواه النس )
Ertinya : "Sesiapa
yang membaca ayat Kursi setiap kali selepas solat, maka tiada siapa yang dapat
menghalangnya dari memasuki syurga" (Riwayat an-Nasaie dan at-Tabrani
dengan sanad salah satu antaranya Sohih. Antara yang mengatakan hadith ini
sebagai SOHIH adalah Ibn Hibban, Abul Hasan (guru Ibn Munzir), Az-Zahabi, Ibn
Hajar, Al-Qaradawi (Rujuk Al-Muntaqa min at-Targhib wa at-Tarhib lil Munziri,
Bab Zikir Selepas Solat Fardhu, no 890, 1/426)
4)Membaca doa ini dengan setiap hari
iaitu 3 kali :"Bismillahillazi La Yadhurru Ma'asmihi Syai un Fil
Ardi Wala Fisamaie, wa huwas Sami'ul ‘Alim".
Dalilnya :-
قال رسول الله صلى الله
عليه وسلم : (( ما من عبد يقول في صباح كل يوم ومساء كل ليلة : " بسم الله
الذي لا يضرّ مع اسمه شيء في الأرض ولا في السماء , وهو السميع العليم
", ثلاث مرات , إلا لم يضره شيء )) : (رواه ابو داود والترمذي )
Ertinya : Rasulullah S.A.W bersabda : ((Tiada
seorang hamba pun yang berkata setiap pagi dan petangnya : "Dengan nama
Allah yang tiada siapa mampu memudaratkan dengan namaNya samada di dunia
mahupun di langit, dan Dialah maha mendengar lagi maha mengetahui"
sebanyak 3 kali, kecuali tiada apa yang mampu memudaratkannya)) (Sohih Muslim,
no 2731 (Nuzhatul Muttaqin, no 1413, 2/207)
5)
Membaca dua ayat terakhir dari surah al-Baqarah pada waktu malam
من قرأ بالآتين من آخر سورة
البقرة في ليلة كفتاه (رواه الشيخان )
Ertinya : "Barangsiapa
membaca 2 ayat terakhir ( ayat no 285 dan 286 ) dari surah al-Baqarah dalam
satu malam, maka 2 ayat itu telah pun mencukupi baginya"(Al-Bukhari &
Muslim)
6) Membaca
zikir : "La ilaha illah wahdahu la syarikalah, lahul mulku walahul
hamdu yuhyi wa yumit wahuwa ‘ala kulli syai'in Qodir " ( sepuluh
kali )
قال رسول الله صلى الله
عليه وسلم : من قال : لا إله إلا الله وحده لا شريك له , له الملك وله الحمد , يحي
ويميت وهو على كل شيء قدير عشر مرات على إثر المغرب بعث الله مسلحة يحفظونه من
الشيطان حتى يصبح , وكتب الله له عشرحسنات موجبات , ومحى عنه عشر سيئات موبقات ,
وكانت له بعدل عشر رقاب مؤمنات . (الترمذي )
Ertinya : Bersabdalah Nabi S.A.W
: Barangsiapa menyebut : " Tiada tuhan melainkan Allah Yang Esa,
tiada sekutu bagiNya, bagiNya segala kerajaan dan bagiNya kepujian, yang
menghidupkan dan yang mematikan, dan Dia maha berkuasa atas segala
sesuatu"sebanyak seratus kali selepas solat Maghrib, nescaya Allah akan
membangkitkan ia (di hari qiamat) dengan senjata yang mampu melindunginya dari
Syaitan sehinggalah pagi esoknya, dan dituliskan baginya sepuluh kebaikan
seperti pahala menunaikan perkara wajib, dan dipadamkan darinya sepuluh
kejahatan seperti dosa-dosa besar. Dan ia standing dengan membebaskan 10 hamba
wanita islam." (Sunan At-Tirmidzi, Bab Doa nabi SAW , no 3534 , hlm 802 ;
At-Tirmidzi : Hasan Ghorib , Al-Albani : Hasan)
7)
Membaca : " A'uzu bikalimatillah at-Tammati min syarrima
Khalaq"
أما لو قلت حين أمسيت : ((
أعوذ بكلمات الله التامات من شر ما خلق )) , لم تضرك (رواه مسلم وأبو داود)
Ertinya : Adapun jika engkau menyebut tatkala kamu
berpetang-petang : (( Aku berlindung dengan kalimah Allah yang maha sempurna
dari segala kejahatan makhluk)) , nescaya tiada sesuatu apa akan
memudaratkanmu. ( Riwayat Muslim Rujuk Al-Muntaqa min at-Targhib wa at-Tarhib
lil Munziri, Bab Zikir Yang Disebut Ketika Subuh, no 336, 1/225 )
No comments:
Post a Comment