Assalamualaikum… Amalan Bulan Puasa Amalan Bulan Puasa Amalan
Bulan Puasa Amalan Bulan Puasa
Setiap apa yang Nabi
lakukan adalah sunnah. Sebagai petunjuk ke jalan kebaikan, kita sentiasa
berpegang pada Al-Quran dan As-Sunnah. Selagi kita ikut apa yang diajarkan Nabi
kepada kita, insyaallah kita akan selamat dunia akhirat. Amalan
Bulan Puasa
Cuba renung dan lihat dalam
diri kita. Apa kita nampak? Adakah kita nampak keburukan diri kita yang selalu
melihat keburukan orang lain. Sebaik manapun orang itu, sekali dia buat buruk,
kenapa mesti pandang keburukannya sampai mati. Seburuk-buruk manusia, carilah
kebaikannya kerana disitu mungkin ada 1 kebaikan yang Allah Taala akan
ampunkannya. Amalan Bulan Puasa Amalan Bulan Puasa
Dalam bulan puasa ada
beberapa perkara yang nabi lakukan dan inilah amalan bulan puasa yang sentiasa
diamalkan oleh Nabi Muhammad SAW kita. Amalan Bulan Puasa
11 Amalan Bulan
Puasa: Amalan Bulan Puasa
1. Keutamaan Sahur
Dan Mentakhirkannya Selama Tidak Khuatir Akan Terbitnya Fajar
Dari Anas radhiAllahu
‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Bersahurlah
kamu sekalian kerana sesungguhnya di dalam sahur itu terdapat barakah.” (HR
Bukhari & Muslim)
Dari Zaid bin Tsabit
radhiAllahu ‘anhu berkata: “Kami sahur bersama-sama dengan
Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam, kemudian kami melaksanakan solat.” Ada
seseorang bertanya: “Berapa lama antara sahur dengan solat
itu?” Ia menjawab: “Kira-kira 50 ayat.” (HR
Bukhari & Muslim)
Dari ‘Amr bin ‘Ash
radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam
bersabda: “Kelebihan puasa kami dan puasa ahli Kitab adalah
adanya makan sahur.”(HR Muslim)
2. Segera Berbuka
Puasa Apabila Sudah Masuk Waktu Berbuka
Dari Sahl bin Sa’d
radhiAllahu ‘anhu bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam
bersabda: “Manusia itu selalu dalam kebaikan selama mereka
segera berbuka puasa.”(HR Bukhari & Muslim)
Dari Anas radhiAllahu ‘anhu
berkata: “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam sentiasa
berbuka dengan beberapa biji ruthob (kurma yang baru masak) sebelum
solat. Jika tidak ada ruthob (kurma yang baru masak), maka beliau
sallAllahu ‘alaihi wasallam berbuka dengan tamar (kurma yang sudah
kering). Jika tidak tamar (kurma yang sudah kering), maka beliau
sallAllahu ‘alaihi wasallam meneguk air beberapa teguk.” (HR Abu
Daud dan At-Turmudzi)
3.
Berdo’a sepanjang berpuasa dan ketika berbuka.
Diriwayatkan oleh Turmudzi
dengan sanad yang hasan, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam
bersabda: “Ada 3 golongan yang tidak ditolak do’a mereka,
iaitu orang yang berpuasa sehingga dia berbuka, pemimpin negara yang adil dan
orang yang teraniaya.”
4. Menjauhi
perkara-perkara yang bertentangan dengan ibadah puasa.
Dari Abu Hurairah
radhiAllahu ‘anhu bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alahi wasallam
bersabda: “Puasa itu adalah perisai, oleh kerana itu, apabila
salah seorang di antara kamu sekalian berpuasa maka janganlah berkata kotor dan
janganlah bertengkar/berteriak. Apabila ada seseorang yang mencaci-maki
atau mengajak berkelahi, maka hendaklah ia berkata: “Sesungguhnya aku
sedang berpuasa””. (HR Bukhari & Muslim)
Abu Hurairah radhiAllahu
‘anhu berkata bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi
wasallam bersabda: ‘Barangsiapa yang tidak meninggalkan
kata-kata dusta dan perbuatan buruk, maka Allah tidak memerlukan ia
meninggalkan makan dan minumnya.” (HR Bukhari)
5. Bersiwak atau
menggosok gigi.
Amir bin Rabi’ah
berkata, “Saya melihat Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam
bersiwak dan beliau pada saat itu sedang berpuasa. Kerana seringnya, maka
saya tidak dapat membilang dan menghitungnya.” (HR Bukhari)
Abu Hurairah radhiAllahu
‘anhu mengatakan bahwa Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Andaikan
tidak memberatkan umatku, niscaya mereka kuperintahkan bersiwak pada setiap
kali berwudhu.” (HR Bukhari)
6. Bermurah hati
dan banyak menderma.
Dari Ibnu Abbas radhiAllahu
‘anhu katanya: “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam adalah
seorang yang paling dermawan, dan sifat dermawannya itu lebih menonjol pada
bulan Ramadhan yakni ketika ditemui Jibril. Biasanya Jibril menemuinya
pada setiap malam bulan Ramadhan, dibawanya mempelajari al-Quran. Maka
Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam lebih murah hati melakukan kebaikan dari
angin yang bertiup.” (HR Bukhari)
7. Menggandakan
amalan membaca dan mempelajari al-Quran.
(Hadith Ibnu
Abbas di atas menyatakan bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam
bertadarus (mempelajari al-Quran) dengan Jibril pada setiap malam Ramadhan.)
Membaca al-Quran adalah
amalan biasa ummat Islam, tetapi sempena bulan Ramadhan, hendaklah kita
tumpukan betul-betul dan menggandakannya. Para ulama apabila tibanya
bulan Ramadhan akan memberhentikan kuliah yang diajar mereka dan menumpukan
kepada mempelajari al-Quran. Membaca untuk memahami al-Quran yakni
mentadabbur al-Quran adalah lebih utama dari membaca laju untuk
mengkhatamkannya beberapa kali pada bulan Ramadhan.
8. Memberi makan
untuk berbuka puasa.
Dari Zaid bin Khalid
Al-Juhanny radhiaAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam
bersabda: “Barangsiapa yang memberi makan untuk berbuka orang
yang berpuasa, maka ia mendapat pahala seperti pahala orang yang berpuasa itu
dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala orang yang berpuasa itu.” (HR
At Turmudzy)
9. Mendirikan malam
dengan solat sunnat (solat Tarawih)
Dari Abu Hurairah
radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam telah
bersabda: “Barangsiapa yang mengerjakan solat sunnat pada malam
bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan hanya mengharapkan pahala dari ALLAH,
maka akan diampunilah dosanya yang telah lalu.” (HR Bukhari &
Muslim)
10. Giat beribadah
pada 10 hari terakhir Ramadhan
Aisyah radhiAllahu ‘anha
berkata: “Bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam
apabila masuk sepuluh terakhir bulan Ramadhan. diramaikannya waktu malam,
dibangunkannya ahli keluarganya dan diikat erat kain sarungnya.” (HR
Bukhari & Muslim)
11. Beriktikaf
pada 10 terakhir Ramadhan.
Dari Ibnu Umar radhiAllahu
‘anhu berkata: “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam selalu
beriktikaf pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan.” (HR Bukhari
& Muslim)
Dari Aisyah radhiAllahu
‘anha berkata: “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam selalu
beriktikaf pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan sehingga Beliau sallAllahu
‘alaihi wasallam dipanggil ALLAH Ta’ala, kemudian setelah beliau sallAllahu
‘alaihi wasallam wafat, isteri-isterinya meneruskan kebiasaan Beliau itu.” (HR
Bukhari & Muslim)
Semoga kita sama-sama dapat amalkan dan sampaikan kepada orang
lain…. amin… Amalan Bulan Puasa
No comments:
Post a Comment