ASSALAMUALAIKUM W.B.T
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.
Bersyukur kita ke hadrat Ilahi, dengan limpah dan kurniaanNya, kita masih dapat bernafas, dapat merasai nikmat Islam dan Iman.
Semoga kandungan yang disediakan dapat dijadikan renungan, pengajaran, panduan dan iktibar bersama.
Segala yang baik datangnya dari Allah, dan yang buruk itu datangnya dari hambaNya yang kerdil lagi hina.
wallahua'lam

AHLAN WASAH LAN WA MARHABAN BIKUM

Tuesday 26 June 2012


Jenis-jenis Syaitan:
  1. Al-Walhan: syaitan yang suka menggoda manusia ketika hendak menunaikan solat, menimbulkan perasaan was-was supaya kita tidak solat. Baru nak angkat takbir, dah syaitan tu ganggu ingatkan ehhh tak angkat baju lagi di ampaian, ehhhh nak beraklah. So, sebelum nak solat tu, sebaiknya bacalah surah An Nas.
  2. Al-Hanzab: syaitan yang suka menggoda manusia ketika orang bersuci khususnya ketika mengambil air wudhuk. Sebab tu la kita sentiasa diingatkan supaya menjaga kebersihan, syaitan sukakan tempat-tempat yang kotor dan busuk.
  3. Salambur: syaitan yang suka menggoda manusia di pasar atau di pejabat. Menggoda manusia agar membazir ketika berbelanja. Menghasut manusia supaya menipu dalam timbangan jualan. Menghasut manusia supaya bermalas-malasan bekerja di pejabat. Sebelum menjejakkan kaki di pasar atau pejabat, sebaiknya bacalah ayat Kursi.
  4. Dasim: syaitan yang suka menggoda manusia ketika makan. Manusia yang makan tapi tidak membaca basmalah dan doa makan, sebab tu la tak reti nak kenyang, perut sentiasa lapar nak makan. Sebaiknya bacalah Basmalah dan doa makan.
  5. Wasnan: syaitan yang suka menggoda manusia ketika tidur. Sebaiknya sebelum tidur ambillah air wudhuk, baca doa sebelum tidur, ayat Kursi dan surah tiga Qul.
  6. Ahwat: syaitan yang suka menggoda anak-anak muda yang belum nikah. Khususnya anak-anak muda remaja, syaitan memang sangat suka berdamping dan menghasut pelbagai hasutan jahat. Tika saat anak manusia melafazkan 'aku terima nikahnya', maka lari bertempiaran syaitan itu sedih kerana manusia itu tidak berzina.
  7. Toba: syaitan yang suka menggoda manusia di saat ketika ditimpa musibah seperti kematian, kehilangan, kemiskinan dan kesusahan.

Doa terhindar dari syaitan:
1. Bacalah lafaz Al Isti’aadzah iaitu berlindung kepada Allah daripada segala kejahatan.

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
Audzubillahi minasyaitonirrajim

“Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam”

Niat: Aku berlindung kepada Allah daripada gangguan syaitan yang direjam supaya ia tidak memudharatkan diriku, agama serta duniaku, atau memalingkan aku daripada apa-apa perbuatan yang telah Engkau perintahkan kepadaku, atau mengajak aku melakukan perkara-perkara yang telah Engkau larang.

2. Sentiasa mengIingati Allah. Bacalah ayat Qursi kerana di dalam ayat tersebut terdapat 17 nama Allah swt.

Senjata syaitan:
  • Serbuk seperti tepung yang ditaburkan semasa orang mengaji, supaya mengantuk dan memberhentikan bacaan ayat Al-Quran
  • Benda yang tajam-tajam berduri ditaburkan di majlis ilmu supaya orang-orang yang mendengar ilmu agama tidak tahan duduk. Perasan tak kalau berada di masjid, mesti rasa nak cari dinding & tiang sebab nak bersandar, tak tahanlah tu.
  • Selimut diletakkan atas tubuh manusia ketika waktu subuh supaya tidak bangun untuk menunaikan solat Subuh.

sumber: ceramah Ustaz Muhammad Nur Maulana dalam rancangan Islam itu Indah di saluran Bintang (Twitter @islamitu_indah)
*KATA HATI: Tengah nonton Islam Itu Indah, hari ni tajuknya Syirik, tiga sebab syirik ; kebodohan sebab tidak tahu, iman tidak kuat sehingga dipengaruhi nafsu dan beribadah kerana ikut-ikutan.

No comments:

Post a Comment