Assalamualaikum.
Jin merupakan salah
satu daripada ciptaan Allah s.w.t. Aku pun baru tau yang kita sebenarnya boleh
scan sama ada dalam diri kita ni ada penghuni lain selain roh kita. Jadi apa
salahnya berkongsi ilmu yang ini kepada orang lain. Biasanya sewaktu orang kena
rasuk atau disampuk oleh jin atau syaitan perawat biasanya apabila dibacakan
Al-Quran pada telinganya, si Jin, syaitan atau iblis yang berada di dalam tubuh
si pesakit itu akan merasa panas dan lama-kelamaan dia tidak akan boleh bertahan
dengan berdiam diri.
Cara untuk scan diri
sama ada jin berada dalam badan kita atau tidak adalah dengan menggunakan
ayat-ayat Al-Ruqyah Al-Syar-‘iyyah iaitu jampi-jampi atau mantera yang
dibacakan oleh seseorang untuk mengubati penyakit atau menghilangkan gangguan
jin atau sihir atau untuk perlindungan dan sebagainya. Dengan hanya menggunakan
ayat-ayat Al-Quran dan doa-doa yang bersumber dari hadiths-hadiths Rasulullah
SAW yang dapat difahami maknanya selama tidak mengandungi unsur kesyirikan.
Rasulullah SAW
bersabda, "Setiap penyakit ada ubat penawarnya dan apabila suatu ubat itu
sesuai dengan jenis penyakitnya, maka penyakit itu akan sembuh dengan izin
Allah." ( HR. Muslim .
Senarai ayat ruqyah
ialah :
1 Al-Fatihah 1
Seluruhnya
2 Al-Baqarah 1 1-5
3 Al-Baqarah 1 102
4 Al-Baqarah 2
163-164
5 Al-Baqarah (Ayatul
Kursi) 3 255
6 Al-Baqarah 3
285-286
7 Ali-Imran 3 18-19
8 Al-’Araf 8 54-56
9 Al-’Araf 9 117-122
10 Yunus 11 81-82
11 Toha 16 69
12 Al-Mukminun 18
115-118
13 As-Soffaat 23 1-10
14 Al-Ahqaaf 26 29-32
15 Ar-Rahman 27 33-36
16 Al-Hasyr 28 21-24
17 Al-Jin 29 1-9
18 Al-Ikhlas 30
Seluruhnya
19 Al-Falaq 30
Seluruhnya
20 An-Naas 30
Seluruhnya
Para ulama sepakat
membolehkan Ruqyah dengan tiga syarat ;
1. Dengan
mempergunakan firman Allah ( ayat-ayat Al-Quran ) atau nama-nama dan
sifat-sifat-Nya.
2. Mempergunakan
Bahasa Arab atau bahasa yang dapat difahami maknanya.
3. Berkeyakinan bahwa
zat Ruqyah tidak berpengaruh apa-apa kecuali atas izin Allah SWT.
Antara anda-tanda
diri anda dihuni Jin ialah
- Denyutan jantung
makin kencang
- Badan begegar
- Ada benda
bergerak-gerak bawah kulit
- Mengantuk/menguap
- Batuk
- Gelisah
- panas di tengkuk
Selain mengubati
penyakit yang melibatkan jin dan syaitan, amalkan memasang audio ini di rumah
terutamanya jika ada yang baru berpindah ataupun merasakan ada sesuatu
tidak kena pada tempat tinggal.
No comments:
Post a Comment