"Hari
Jumaat adalah penghulu segala hari dan yang terbesar disisi Allah. Ia adalah
hari yang lebih besar di sisi Allah daripada hari Raya Fitri. Pada hari itu
telah terjadi lima perkara iaitu : Penciptaan Adam. Pada hari itu juga
dikeluarkan dia dari syurga. Pada hari itu juga, dia wafat. Dan pada hari itu
terdapat satu masa di mana tidaklah seorang hamba itu meminta sesuatu dari
Tuhannya melainkan akan dikurniakan kepadanya selagi dia tidak meminta yang
haram. Pada hari itu Qiamat akan terjadi dan tidaklah seorang pun malaikat
muqarrabun pun di sisi Allah azzawajalla melainkan ia takut pada hari Jumaat,
(tetapi) tidak langit dan tidak bumi melainkan ia merasa kasih pada hari
Jumaat".
Hadis
Riwayat Ibnu Majah & Al-Baihaqi
Hari
Jumaat telah dipilih oleh Allah s.w.t. untuk dijadikan sebagai penghulu segala
hari serta hari yang paling utama dalam seminggu buat umat nabi Muhammad s.a.w.
kerana pada hari inilah banyak peristiwa besar telah berlaku, sebahagiannya
sepertimana yang dinyatakan dalam hadis di atas.
Selain
itu, hari jumaat juga merupakan satu hari yang cukup mustajab dan istimewa
untuk kita semua berdoa meminta pertolongan, nur dan hidayah daripada Yang Maha
Esa.
Daripada
Abu Hurairah r.a. telah meriwayatkan : Rasulullah s.a.w telah bersabda :
"Sesungguhnya
Rasulullah s.a.w. sedang membicarakan tentang hari Jumaat, dan baginda
bersabda: Padanya (hari Jumaat) terdapat suatu saat yang tidak ditemui oleh
seorang hamba (Allah) yang muslim dengan dia mendirikan solat sambil memohon
kepada Allah akan sesuatu, melainkan apa yang dipohonkannya itu diberikannya
kepadanya. Dia mengisyaratkan dengan tangannya yang diangkatkan".
Hadis
Riwayat Al-Bukhari & Muslim
Bagi
sesetengah yang lain, mereka amat berharap agar akan diambil nyawa mereka pada
hari Jumaat kerana barangsiapa yang mati pada hari Jumaat ataupun pada malam
hari Jumaat, Allah akan memeliharanya daripada fitnah kubur.
Daripada
Abdullah bin Amr r.a. berkata : Rasululah s.a.w. telah bersabda :
"Tidaklah
daripada seorang muslim yang mati pada hari atau malam Jumaat, melainkan dia
dipelihara Allah daripada fitnah kubur".
Hadis
Riwayat Tarmizi
Pada
hari Jumaat terdapat banyak perkara yang boleh kita lakukan demi mendapat
pahala dan keredha’an daripada Allah s.w.t. :
a..
Memperbanyakkan doa, zikir dan selawat
Firman
Allah Dalam Al-Quran yang mulia :
"Sesungguhnya
Allah dan para malaikat telah berselawat ke atas nabi. Wahai orang-orang yang
beriman, ucapkanlah selawat dan salam yang sempurna ke atasnya (nabi)".
Surah
Al-Ahzab, ayat 56
a..
Memperbanyakkan bacaan Al Quran Surah-surah yang digalakkan untuk dibaca:
Malam
Jumaat : Surah Yaasin, Al-Kahfi
Waktu
Subuh : Surah As-Sajdah, Al-Insan
Selesai
solat Jumaat : Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq, An-Naas
b..
Bangun awal di pagi hari dan niat untuk mandi Jumaat
Daripada
Ibnu Umar r.a. berkata : Rasulullah s.a.w. telah bersabda :
"Sesiapa
di antara kamu yang pergi (solat) Jumaat, maka hendaklah dia mandi".
Hadis
Riwayat Al-Bukhari & Muslim
a..
Membersihkan badan daripada bau yang tidak menyenangkan
b..
Mengerat kuku, mencabut bulu ketiak, memotong dan mengemaskan misai, memotong
bulu ari-ari dan sebagainya.
Daripada Ibnu Abbas r.a. berkata :
"Nabi Muhammad s.a.w. biasanya mengerat kuku pada hari
Jumaat dan mencukur misai baginda sebelum baginda berangkat untuk menunaikan
solat ".
Hadis Riwayat Tabrani
a.. Bersiwak
b.. Memakai bau-bau yang wangi
Daripada Salman r.a. berkata : Bersabda Rasulullah s.a.w. :
"Tiadalah mandi seseorang pada hari Jumaat lalu bersuci
sekadar kekuasaannya serta memakai minyak wangi, dan dipakai haru-haruman di rumahnya
kemudian keluarlah dia dengan tidak melangkah tengkuk orang yang duduk dalam
saf, kemudian mengerjakan solat yang telah diperintahkan kepadanya(solat sunat
tahyatul masjid), kemudian berdiam diri apabila Imam telah berkhutbah,
melainkan diampuni baginya dosa antara Jumaat itu dengan Jumaat yang
lain".
Hadis Riwayat Al-Bukhari
a.. Memakai pakaian serba putih
b.. Menyegerakan pergi ke masjid
Firman Allah s.w.t. :
"Wahai orang-orang yang beriman, apabila diseru untuk
kamu menunaikan sembahyang pada hari Jumaat, maka bersegeralah kamu kepada
mengingati Allah dan meninggalkan jual beli. Yang demikian itulah lebih baik
bagimu jika kamu mengetahui".
Surah Al-Jumu’ah, ayat 9
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata : Bersabda Rasulullah
s.a.w. :
"Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat seperti mandi
janabah, kemudian dia berjalan ke Jumaat(menunaikan solat) pada saat pertama,
maka seolah-olah dia telah berkorban seekor unta. Dan sesiapa yang berjalan
pada saat kedua, solah-olah dia telah berkorban seekor lembu. Dan sesiapa yang
berjalan pada saat ketiga seolah-olah dia telah berkorban seekor biri-biri.
Sesiapa yang berjalan pada saat keempat, seolah-olah dia telah berkorban seekor
ayam dan seesiapa yang berjalan pada saat yang kelima, seolah-olah dia telah
bersedekah sbiji telur. Maka apabila Imam telah naik ke atas mimbar, maka
hadirlah segala malaikat untuk mendengar khutbah".
Hadis Riwayat Al-Bukhari & Muslim
a.. Duduk diam di dalam masjid dengan niat iktikaf dan
mendengar khutbah setelah datang awal ke masjid.
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata : Bersabda Rasulullah
s.a.w. :
"Apabila tiba hari Jumaat, berdirilah para malaikat di
setiap pintu masjid, menuliskan nama orang-orang yang masuk ke masjid, satu
demi satu, maka apabila Imam telah duduk di atas mimbar, mereka lipatkan buku
catatan meerka dan bersama-sama mendengar khutbah (yang disampaikan) itu".
Hadis Riwayat Al-Bukhari & Muslim
a.. Apabila masuk masjid hendaklah sembahyang Tahiyatul
masjid
b.. Mengambil iktibar daripada khutbah yang dibacakan oleh
khatib
c.. Menunaikan solat-solat sunat Jumaat pada sebelum dan
sesudah solat Jumaat
d.. Memperbanyakkan amalan sedekah
Firman Allah s.w.t. :
"Dan belanjakanlah sebahagian daripada apa yang telah
Kami kurniakan kepadamu sebelum datang kematian kepada salah seorang daripada
kamu; lalu dia berkata : Ya Tuhanku, mengapa Engkau tidak menangguhkan
(kematian)ku sampai waktu yang dekat, yang menyebabkan aku dapat bersedekah dan
aku termasuk di dalam orang-orang yang soleh?"
"Dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan (kematian)
seseorang apabila datang waktu ajalnya. Dan Allah Maha mengetahui apa yang kamu
kerjakan".
Surah Al-Munafiquun, ayat 10 & 11
No comments:
Post a Comment