ASSALAMUALAIKUM W.B.T
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.
Bersyukur kita ke hadrat Ilahi, dengan limpah dan kurniaanNya, kita masih dapat bernafas, dapat merasai nikmat Islam dan Iman.
Semoga kandungan yang disediakan dapat dijadikan renungan, pengajaran, panduan dan iktibar bersama.
Segala yang baik datangnya dari Allah, dan yang buruk itu datangnya dari hambaNya yang kerdil lagi hina.
wallahua'lam

AHLAN WASAH LAN WA MARHABAN BIKUM

Saturday 30 June 2012

Lafaz Niat Puasa Ramadhan


Tak lama lagi semua umat islam wajib menyambut bulan ramadhan iaitu berpuasa tanpa makan dan minum di siang hari. Puasa mengajar kita erti kesabaran. Puasa dari segi makan yang utama, mata, percakapan dan perbuatan. Maknanya jauhkan diri daripada perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa.
Aku tahu ramai juga diluar sana yang tak ingat lafaz niat puasa termasuklah aku sendiri. Maklumlah, puasa setahun sekali kan, nak ingat lafaz niat puasa ni bukan main susahnya..he3
 Lafaz Niat Puasa
Lafaz Niat Puasa Untuk Sebulan :
Lafaz niat puasa ini dibaca sekali sahaja pada malam sebelum kita memulakan puasa kita yang pertama. Apabila kita baca niat ini, kita dah tak perlu lagi untuk baca niat ini pada hari yang berikutnya.
نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى
Maksud : Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta”ala
Lafaz Niat Puasa Untuk Harian :
Dibaca pada tiap-tiap malam sebelum tidur. Supaya nak mudahkan korang, baca je lafaz niat puasa untuk sebulan takut nanti terlupa.

نَوَيْتُ صَوْمَ رَمَضَانَ لِلَّهِ تَعَالَى
Maksud : Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala
Doa Berbuka Puasa
Doa Berbuka Puasa (Seorang) :
Kalau korang makan sorang-sorang, baca doa ini ye.
Lafaz : Allahumma laka suomtu wa bika amantu wa ‘alaa rizqika afthortu birahmatika ya arhamarrohimin..
Maksud :Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.
Doa Berbuka Puasa (Ramai) :
Doa ini dibaca untuk lebih dari seorang. Hanya tukarkan ‘ta’ kepada ‘na’.
Lafaz : Allahumma laka suomna wa bika amanna wa ‘alaa rizqika afthorna birahmatika ya arhamarrohimin..
Maksud : Ya Allah bagi Engkau Kami berpuasa dan dengan Engkau beriman Kamidengan rezeki Engkau Kami berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang
Doa selepas berbuka puasa :
Doa Lepas Buka Puasa
Maksud : Ya Allah! Kerana Engkau aku berbuka puasa dan kepada Engkau aku beriman dan atas rezeki dari Engkau aku berbuka puasa telah hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat. Ya Allah! Aku minta diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi segala sesuatu.
*****************************************
Di dalam Mazhab Maliki ada pendapat yang mengatakan boleh diniatkan puasa ramadhan satu bulan dengan sekali niat sahaja.
Niat di malam hari (sebelum terbit fajar sadik) merupakah salah satu syarat sah puasa Ramadhan. Kalau sesiapa yang tidak niat satu bulan puasa (Mazhab Malik) dan tak berniat puasa pada sesuatu hari tu, maka puasanya pada hari itu dikira tidak sah. Kena la qadha..bagi mereka (ulamak mazhab Maliki), puasa Ramadhan merupakan amalan yang dilakukan secara whole atau satu pakej, maka boleh diniatkan dari mula-mula kita diwajibkan memulakan puasa tersebut (1 ramadhan).
Bagi kita pula yang bermazhab Syafie, diwajibkan berniat setiap hari. Namun kita tetap disunnahkan juga untuk berniat untuk puasa sebulan, seperti yang diajar di dalam Mazhab Maliki.

No comments:

Post a Comment