ASSALAMUALAIKUM W.B.T
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.
Bersyukur kita ke hadrat Ilahi, dengan limpah dan kurniaanNya, kita masih dapat bernafas, dapat merasai nikmat Islam dan Iman.
Semoga kandungan yang disediakan dapat dijadikan renungan, pengajaran, panduan dan iktibar bersama.
Segala yang baik datangnya dari Allah, dan yang buruk itu datangnya dari hambaNya yang kerdil lagi hina.
wallahua'lam

AHLAN WASAH LAN WA MARHABAN BIKUM

Saturday 30 June 2012

Solat Sunat Tarawih


Solat Sunat Tarawih
Salam dan selamat sejahtera semua. Ada sesiapa yang tidak tahu macamana cara nak tunaikan solat tarawih ke? Ikut imam je kan. Tapi sebagai umat islam, kenalah tahu walaupun kita mengikut imam. Manalah tahu suatu hari nanti kalau darurat, boleh jadi pengganti imam untuk tunaikan solat sunat tarawih.
Nak lengkapkan puasa dibulan ramadhan, mestilah ditambah dengan amalan-amalan sunat lain termasuk solat tarawih. Bukannya puasa semata-mata tahan lapar dan dahaga.
Biasanya kat tempat korang buat berapa rakaat? Sebelum ni kampung aku di Felda Tersang, diorang buat 20 rakaat dengan diimamkan pelajar Tahfiz dari Jerantut Pahang. Masa tu majoriti muda-muda lagi. Ayah aku pun time tu umur masih 30 an, tapi sekarang tempat aku buat solat sunat tarawih 8 rakaat je sebab yang tinggal kebanyakannya warga emas. Kalau buat 20, jawabnya imam toleh belakang, tinggal berapa kerat je nanti.
Panduan Solat Sunat Tarwaih Dari JAKIM :
Definisi Solat Sunat Tarawih :
Definisi Tarawih ialah bermaksud duduk bersenang-senang atau beristirehat. Manakala Solat Tarawih bererti solat sunat dengan rasa senang dan kelapangan hati selepas solat fardhu Isya’. Biasanya duduk berehat setelah mengerjakan empat rakaat solat sunat Tarawih, sebelum disambung semula.
Tujuan utamanya ialah untuk memberi peluang dan galakan kepada umat Islam supaya suka mengisi waktu yang terluang di dalam bulan Ramadhan, dengan ibadat-ibadat sunat seperti solat Tarawih, solat Witir dan membaca al-Quran, berzikir dan lain-lain.
Aishah r.a. meriwayatkan: “Rasulullah s.a.w. solat (Tarawih) empat rakaat pada waktu malam, setelah itu beristirehat. Baginda duduk lama sehingga saya kasihan melihatnya. Saya berkata kepadanya: “Demi Allah wahai Rasulullah! Dosa-dosamu telah diampuni Allah, sama ada dosa yang terdahulu dan yang terkemudian; maka untuk apakah tuan bersusah payah solat seperti ini?”
Baginda menjawab: “Bukankah lebih baik kalau aku menjadi hamba yang bersyukur?”
Sejarah Solat Sunat Tarawih :
Sejarah solat sunat Tarawih ini dimulai oleh Rasulullah s.a.w. di Masjid Nabawi. Menurut baginda Rasulullah s.a.w. mengerjakan solat Tarawih ini di masjid, lalu para sahabat mengikutnya. Pada malam berikutnya baginda mengerjakan lagi solat Tarawih di masjid, dan para sahabat semakin ramai datang dan mengikutnya.
Pada malam yang ketiganya lebih ramai lagi para sahabat telah sedia menunggu ketibaan Rasulullah s.a.w. di masjid. Tetapi baginda tidak hadir. (Baginda mengerjakan solat Tarawih itu di rumah). Esoknya Rasulullah s.a.w. bersabda kepada mereka: “Sesungguhnya aku melihat sambutan daripada kamu. Aku tidak hadir pada malam itu hanya kerana takut solat itu diwajibkan ke atas kamu.”
Jika solat Tarawih itu difardhukan, tentulah sangat memberati umat Islam.
Perhatikan hadis yang diriwayatkan oleh Jabir b. Abdullah yang ertinya:
“Rasulullah s.a.w. telah bersolat dengan kami di bulan Ramadhan lapan rakaat dan witir. Maka pada malam berikutnya kami telah berkumpul di masjid, dan kami mengharapkan baginda keluar tetapi baginda tidak turun di masjid sehinggalah waktu Subuh. Kemudian kami masuk menemuinya dan kami berhimpun di masjid dan mengharapkan Rasulullah s.a.w. bersolat dengan kami.” Maka baginda bersabda: “Sesungguhnya aku takut ia (solat Tarawih) diwajibkan ke atas kamu.”

No comments:

Post a Comment