Semoga maklumat ini berguna buat para kaum hawa…
Insya Allah..
Strategi Pertama – Menghilangkan hijab(penutup)
Perubahan zaman dan budaya manusia menyebabkan
pakaian lebih berfesyen dan semakin banyak baju yang merendahkan aurat. Pada
tahap ini syaitan berbisik kepada wanita dengan berkata bahawa pakaian hanyalah
sekadar hiasan dan tiada berpengaruh dengan agama. Justeru itu, tidak mengapa
sekiranya memakai pakaian yang membuka aurat. Namun, teknik ini tidak semestinya
berkesan terutama kepada wanita yang berpendirian dan percaya bahwa memakai
pakaian syar’i ialah satu ibadah dan bukan sekadar
berfesyen. Jika hasutan ini gagal, syaitan akan
beralih kepada strategi yang lebih licik seperti di bawah.
Strategi Kedua – Membuka bahagian tangan
Aurat wanita meliputi seluruhnya kecuali muka
dan tapak tangan. Seharusnya menjadi kebiasaan tapak tangan tidak ditutup.
Jadi, syaitan mengambil kesempatan ini untuk menghasut wanita dengan berkata
{tak mengapa jika memakai baju lengan pendek….kamu masih pakai tudung...} Di
pasaran pula banyak pakaian berlengan pendek terutamanya fesyen baru. Wanita
yang terpedaya pun memakai baju lengan pendek dan ternyata ia kelihatan biasa
pada pandangannya maupun pandangan seorang lelaki, lalu syaitan berbisik lagi
{tidak mengapa kan..?}
Strategi Ketiga – Membuka leher dan dada
Setelah menjadi kebiasaan merendahkan sebagian
lengan, datang lagi syaitan dan berbisik {tak mengapa kan membuka
lengan…sekarang ada fesyen baru yang merendahkan bagian dada..baju ini terbuka
sedikit
saja agar kamu tidak terasa panas…orang pasti
berkata biasa saja…} Wanita itupun memakailah baju tersebut, daripada
merendahkan sedikit, sehingga yang nampak lagi bahagian dadanya.
Strategi Keempat – Berpakaian tetapi bertelanjang
Tidak cukup dengan itu, syaitan membawa lagi
idea baru. Kali ini syaitan berbisik {baju kamu itu dah biasa …dah ramai orang
yg pakai.. sekarang ini ada fesyen baru lagi…baju ini tipis dan ketat saja..
boleh kamu tunjukkan bentuk badan kamu yang cantik itu.. tidak apa-apa, sebab
potongan baju ini masih panjang…} Maka wanita ini pun memakai baju berfesyen
sebegitu sehingga menjadi kebiasaan malah baju yang dipakai semakin ketat dan
jarang. Jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi sebagai kasiyat ‘ariyat
(berpakaian tetapi telanjang).
Strategi Kelima – Membuka sedikit
Setelah memakai pakaian ketat dan jarang, datang
lagi syaitan dan berbisik {susah la kalau kamu pakaian ketat semacam
ini…bergerak pun terasa terbatasi…apa kamu cuba kain yang telah dibelah sampai
ke lutut.. nanti lebih senang kamu untuk duduk..tidak mengapa kamu rendahkan
sedikit saja yang penting kamu selesa..} Maka dipakailah pakaian wanita yang
terbelah. Ternyata ia memberi keluasan dan memudahkan dlm bergerak.
Strategi Keenam – Membuka telapak kaki dan tumit
Syaitan berbisik lagi {sudah tak sesuai lagi
kamu berpakaian ini.. kain ini masih bagus walaupun dibelah hingga lutut…kamu
potong aja lagi hingga diatas tumit…kamu pendekan kain ini sehingga atas tumit
akan memudahkan km berjalan..} Wanita terus mengikuti godaan syaitan ini dan
memakai kain singkat serta ditambah pula dengan kasut tumit tinggi.
Strategi Ketujuh – Membuka separuh betis
Sekarang, wanita ini sudah biasa memakai kain
singkat dan ternyata masih kelihatan biasa pada pandangan orang. Syaitan
berbisik lagi {fesyen kamu ni masih biasa saja…orang macam tak kisahkan…apa
kata kamu cuba fesyen lain yang lebih menonjol..di pasaran banyak kain
skirt..tak perlu beli yang sangat pendek …yang separuh betis saja..} Sekarang
ni syaitan sudah menjadi seperti penasihat peribadinya. Maka dituruti hasutan
tersebut. Pada tahap ini tudung sudah tidak dipakai.
Strategi Kelapan – Membuka seluruh betis
Wanita ada terfikir { Betulkah tindakan aku ni?
Apakah tidak berselisih dengan wanita zaman nabi dulu ? } Syaitan pula
menggunakan muslihat dengan mengaitkan zaman dahulu dengan sekarang. Syaitan
berkata {AH!! tidak.. sekarang zaman dah berubah..dulu lelaki tak suka kalau
perempuan menampakkan auratnya, tetapi lelaki sekarang banyak yang suka… yang
seksi-seksi terutama, mesti tidak terlalu seksi tp terbuka sedikit…di pasaran
banyak pakaian zaman sekarang yang menampakkan seluruh betis….kalau kamu tidak
ikut kamu akan ketinggalan zaman..} Maka pakailah wanita tersebut pakaian yang
menampakkan seluruh betis.
Strategi Kesembilan – Serba mini
Setelah pakaian menampakkan seluruh betis
menjadi kebiasaan, datang lagi syaitan menghasut {pakaian kamu perlu ada
variasi. Jangan pakai yang seperti itu saja..kamu perlu pakai skirt mini…kamu
akan nampak lebih seksi dan menawan..} Maka pakailah wanita ini skirt mini
malahan bukan skirt saja yang mini, bajunya, skirtnya, semuanya dah menjadi
kecil dan seksi. Bajunya juga sudah bervariasi seperti berlengan pendek,
merendahkan sebagian dada dan sebagian pehanya. Ada yang dikhaskan untuk
berpesta, bersosial, pakaian kerja, pakaian rasmi, pakaian malam dan
sebagainya.
Strategi Kesepuluh – Hampir semua terbuka
Muncul pula keinginan untuk mandi di kolam
renang terbuka dan pantai. Syaitan berbisik {pakailah kamu bikini..semua di
sana pakai baju itu.. kamu tak perlu malu ..} Wanita ini pun tanpa segan lagi
memakai bikini yang hanya menutup sebagian dada dan pahanya. Dia pun bersuka
ria terutama apabila semua lelaki memandangnya. Pada tahap ini auratnya sudah tidak
diendahkan lagi.
Semoga beroleh manfaat dan selamat beramal..
Kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan
facebook anda.Sharing is Caring
ASSALAMUALAIKUM W.B.T
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.
Bersyukur kita ke hadrat Ilahi, dengan limpah dan kurniaanNya, kita masih dapat bernafas, dapat merasai nikmat Islam dan Iman.
Semoga kandungan yang disediakan dapat dijadikan renungan, pengajaran, panduan dan iktibar bersama.
Segala yang baik datangnya dari Allah, dan yang buruk itu datangnya dari hambaNya yang kerdil lagi hina.
wallahua'lam
AHLAN WASAH LAN WA MARHABAN BIKUM
No comments:
Post a Comment