ASSALAMUALAIKUM W.B.T
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.
Bersyukur kita ke hadrat Ilahi, dengan limpah dan kurniaanNya, kita masih dapat bernafas, dapat merasai nikmat Islam dan Iman.
Semoga kandungan yang disediakan dapat dijadikan renungan, pengajaran, panduan dan iktibar bersama.
Segala yang baik datangnya dari Allah, dan yang buruk itu datangnya dari hambaNya yang kerdil lagi hina.
wallahua'lam

AHLAN WASAH LAN WA MARHABAN BIKUM

Friday 29 June 2012

Kemusykilan solat Masbuq


Soalan 34
Assalamualaikum,
Ustaz, saya ada beberapa kemuskilan mengenai solat masbuq: 

1) Bagi makmum yang baru memasuki saf, adakah niat yang dilafas sama seperti niat jemaah biasa walaupun telah ketingalan beberapa rakaat?
2) Perlukah kita berniat mufarakah (berpisah dengan imam) selepas imam memberi salam untuk melengkapkan solat kita?
 
3) Apakah yang perlu kita lakukan jika kita tidak setuju menjadi imam (atas sebab2 tetentu) ketika sembahyang, tiba-tiba ada makmum yang mencuit meminta kita menjadi imam?
4) Ketika solat sunat, bolehkah kita`dicuit' untuk menjadi imam?
5) Adakah pahala orang yang menjadi makmum masbuq sama dengan makmum yang berjemaah penuh?


Segala penjelasan ustaz saya ucapkan jutaan terima kasih.
 Jawapan.

1 ) Makmum yang baru memasuki saf untuk bersama-sama berjemaah hendaklah berniat sebagaimana solat berjemaah.

2 ) Tidak perlu berniat mufarakah apabila imam memberi salam tetapi wajib meneruskan solat untuk menyempurnakan solat tersebut.

3 ) Harus seseorang itu menjadi imam sekalipun ia tidak bermaksud untuk menjadi imam, tetapi tidak boleh mengikut imam yang diketahui batal solatnya.

4 ) Persamaan antara solat imam dan makmum jika berlainan kerja solat antara keduanya seperti solat zuhur dengan solat gerhana matahari maka tidak sah.

5 ) Makmum masbuq masih mendapat pahala berjemaah, apabila makmum dapat mengikutnya sebelum imam memberi salam. Akan tetapi makmum yang mengikuti dari mula mendapat ganjaran lebih banyak daripada makmum yang mengikuti kemudian.

No comments:

Post a Comment