Bagaimanakah cara-caranya menguruskan jenazah dan solat
jenazah?
Jawapan:
- Apabila seseorang itu telah disahkan matinya, perkara-perkara berikut hendaklah dilakukan :
Hendaklah kita ucapkan :
- Tukarkan pakaiannya dan bersihkan kekotoran yang keluar dari duburnya.
- Rapatkan kedua belah matanya.
- Qiamkan tangannya seperti dalam sembahyang.
- Rapatkan mulutnya.
- Ikat dagunya dan simpul di atas ubunnya.
- Luruskan kakinya.
- Ikatkan kedua ibu jari kakinya.
- Letakkan di tempat yang tinggi.
- Hadapkan ke Qiblat.
Orang yang berhak dan
lebih afdal untuk menguruskan jenazah ialah dari kalangan ahli keluarganya atau
warisnya yang terdekat misalnya ; anaknya sendiri kalau simati bapanya.
Kalau warisnya tidak ada kemampuan atau pengalaman, bolehlah
diminta Imam atau Bilal di kawasan tersebut untuk menguruskannya.
Persediaan dan keperluan untuk memandikan jenazah
- Sediakan tempat mandi.
- Sabun mandi.
- Air daun bidara.
- Air bersih.
- Sugi - 7 batang.
- Sarung tangan - 3 atau 5.
- Sedikit kapas.
- Air kapur barus.
- Baldi serta gayong.
Sebelum memandikan mayat, pastikan dahulu kubur telah digali dan
peralatan mengkafan mayat telah disediakan seperti :
- Kain putih (bidang 45") - 20 meter bagi dewasa
- Gunting
- Kapas
- Cendana
- Kapur barus
- Air mawar
- Minyak wangi (Minyak Attar)
- Tikar jerami
- Bantal (dari daun pandan)
- Tempat mandi yang khas.
Cara memandikan jenazah :
- Letakkan mayat di tempat mandi yang disediakan.
- Tutup seluruh anggota mayat kecuali muka.
- Semua Bilal (orang yang memandikan jenazah) hendaklah memakai sarong tangan sebelah kiri.
- Sediakan air sabun.
- Sediakan air kapur barus.
- Istinjakkan mayat terlebih dahulu.
- Angkat sedikit bahagian kepalanya sehingga paras dadanya.
- Mengeluarkan kotoran dalam perutnya dengan menekan atau mimicit-micit perutnya secara perlahan-lahan dan hati serta kotoran dalam mulutnya dengan menggunakan kain alas agar tidak tersentuh auratnya.
- Siram dan basuh dengan air sabun sahaja dahulu.
- Kemudian gosokkan giginya, lubang hidung, lubang telinga, celah ketiaknya, celah jari tangan, kakinya dan rambutnya.
- Selepas itu siram atau basuh seluruh anggota mayat dengan air sabun juga.
- Kemudian bilas dengan air yang bersih seluruh anggota mayat sambil berniat :
Lafaz niat memandikan jenazah lelaki :
"Sahaja aku memandikan jenazah
(lelaki) kerana Allah Taala"
Lafaz niat memandikan jenazah perempuan :
"Sahaja aku memandikan jenazah
(perempuan) kerana Allah Taala"
- Telentangkan mayat, siram atau basuh dari kepala hingga hujung kaki 3 kali dengan air bersih.
- Siram sebelah kanan 3 kali.
- Siram sebelah kiri 3 kali.
- Kemudian mengiringkan mayat ke kiri basuh bahagian lambung kanan sebelah belakang.
- Mengiringkan mayat ke kanan basuh bahagian lambung sebelah kirinya pula.
- Telentangkan semula mayat, ulangi menyiram seperti bil. 13 hingga 17.
- Lepas itu siram dengan air kapur barus.
- Lepas itu wudukkan mayat.
Lafaz niat mewudukkan jenazah lelaki :
"Sahaja aku berniat mewudukkan
jenazah (lelaki) ini kerana Allah s.w.t"
"Sahaja aku berniat mewudukkan
jenazah (perempuan) ini kerana Allah s.w.t"
Cara mewudukkan jenazah ini iaitu
dengan mencucurkan air ke atas jenazah itu bermula dari muka dan akhir sekali
pada kakinya, sebagaimana melaksanakan wuduk biasanya. Jenazah lelaki hendaklah
dimandikan oleh lelaki dan mayat wanita hendaklah dimandikan oleh perempuan.
- Siram dengan air sembilan.
- Setelah selesai dimandikan dan diwudukkannya dengan baik dan sempurna hendaklah dilapkan menggunakan tuala pada seluruh badan mayat.
- Cawatkan bahagian kemaluan mayat dengan cawat yang disediakan.
- Lepas itu usung dengan menutup seluruh anggotanya.
- Segala apa-apa yang tercabut dari anggota mayat, hendaklah dimasukkan ke dalam kapan berama (Contoh : rambut, kuku dll).
- Dengan ini selesailah kerja memandikan mayat dengan sempurnanya.
Cara-cara mengkafankan jenazah :
Pertama : Hendaklah disediakan tiga lembar kain kafan dibentangkan
dengan disusun, kain yang paling lebar diletakkan di bawah atau dengan cara
kain tiga lembar dibentangkan dan letaknya agak serong yang atas melebar dan
yang bawah mengecil, setiap lembar disapu dengan wangi-wangian atau minyak
wangi yang tidak mengandungi alkohol.
Kedua : Hendaklah disediakan tali pengikat sebanyak tiga atau lima utas
yang diletakkan di bawah kain kafan tersebut.
Ketiga : Hendaklah disediakan kapas yang disapu dengan wangi-wangian
dan kayu cendana yang digunakan untuk menutup antara lain :
1. Kemaluan
2. Wajah (muka)
3. Kedua buah dada
4. Kedua Telinga
5. Kedua siku tangannya
6. Kedua tumitnya
1. Kemaluan
2. Wajah (muka)
3. Kedua buah dada
4. Kedua Telinga
5. Kedua siku tangannya
6. Kedua tumitnya
Keempat : Angkatlah mayat tersebut dengan berhati-hati kemudian
baringkan di atas kain kafan yang sudah dibentangkan.
Kelima : Tutupkan jenazah itu dengan kapas yang telah disediakan pada
bahagian-bahagian yang telah disebutkan di atas.
Keenam : Hendaklah kain kafan tersebut diselimutkan atau ditutupkan
dari lembar yang paling atas sampai lembar yang paling bawah, kemudian ikatlah
dengan tali daripada kain yang telah disediakan sebanyak tiga atau lima ikatan.
Semua tali pengikat mayat hendaklah disimpul hidup di sebelah kiri. Sebelum diikat di bahagian kepala, benarkan warisnya melihat atau menciumnya.
Tulislah kalimah "ALLAH dan MUHAMMAD" di dahi mayat dengan menggunakan minyak wangi.
Semua tali pengikat mayat hendaklah disimpul hidup di sebelah kiri. Sebelum diikat di bahagian kepala, benarkan warisnya melihat atau menciumnya.
Tulislah kalimah "ALLAH dan MUHAMMAD" di dahi mayat dengan menggunakan minyak wangi.
Setelah siap diikat renjislah dengan air mawar dan sapulah minyak
wangi.
CARA MENGERJAKAN SOLAT JENAZAH
Dalam mengerjakan solat jenazah, yang paling utama ialah
dikerjakan secara berjemaah dan harus dijadikan tiga saf (barisan)
sekurang-kurangnya setiap satu saf dua orang.
Bagi orang perempuan diperbolehkan mengikuti berjemaah
bersama-sama dengan orang lelaki atau boleh mendirikan solat ke atas jenazah
setalah disolatkan oleh orang lelaki.
Adapun hukum solat jenazah ini adalah Fardhu Kifayah seperti hal
menguruskannya.
- Cara mengerjakan
Solat Jenazah
Bagi jenazah lelaki, Imam yang akan mendirikan solat ke atasnya hendaklah berdiri searah dengan kepala jenazah itu.
Bagi jenazah perempuan, Imam hendaklah berdiri searah dengan lambung atau bahagian tengah jenazah itu.
Tentang tempat untuk mengerjakan solat jenazah, diperbolehkan di dalam masjid, di surau atau di tempat lainnya yang memungkinkan solat berjemaah dengan syarat tempatnya itu luas dan bersih. - Rukun Solat
Jenazah
Solat jenazah berbeza dengan solat-solat yang lain kerana cara mengerjakannya hanya dengan berdiri dan takbir empat kali tanpa rukuk dan sujud, juga tidak perlu azan dan iqamat. Adapun rukunnya ada empat :
i. Niat mendirikan solat jenazah yang dimaksudkan
ii. Berdiri bagi yang berkuasa.
iii. Bertakbir empat kali.
iv. Salam - Lafaz niat solat
jenazah :
a. Lafaz niat solat jenazah lelaki secara persendirian :
"Sahaja aku berniat mendirikan
solat ke atas jenazah ini dengan empat takbir fardhu kifayah kerana Allah
Taala"
b. Lafaz niat untuk jenazah perempuan secara persendirian :
"Sahaja aku berniat mendirikan
solat ke atas jenazah ini dengan empattakbir fardhu kifayah kerana Allah
Taala"
c. Lafaz niat untuk mayat lelaki bagi Imam.
"Sahaja aku berniat mendirikan
solat ke atas jenazah(lelaki) ini dengan empat takbir fardhu kifayah
menjadi Imam kerana Allah Taala"
d. Lafaz niat untuk mayat perempuan bagi Imam.
"Sahaja aku berniat mendirikan
solat ke atas jenazah(perempuan) ini dengan empat takbir fardhu kifayah
menjadi Imam kerana Allah Taala"
e. Lafaz niat untuk mayat lelaki bagi Makmum
"Sahaja aku berniat mendirikan
solat ke atas jenazah(lelaki) ini dengan empat takbir fardhu kifayah
menjadi makmum kerana Allah Taala"
f. Lafaz niat untuk jenazah perempuan bagi Makmum
"Sahaja aku berniat mendirikan
solat ke atas jenazah(perempuan) ini dengan empat takbir fardhu kifayah
menjadi makmum kerana Allah Taala"
- Bacaan dan Doa dalam Solat Jenazah.
1. Takbir yang pertama
:
Membaca lafaz : |
Allahu Akbaru (Allah Maha
Besar).
Kemudian dilanjutkan dengan membaca Al-Fatihah :
1. Dengan nama Allah
Yang Maha Pemurah lagi maha Penyayang.
2. Segala puji bagi
Allah tuhan sekalian alam.
3. Yang Maha Pengasih
lagi Maha Penyayang.
4. Yang berkuasa
mengadili pada hari pembalasan.
5. Hanya kepada Mu
kami menyembah dan hanya kepada Mu kami memita segala pertolongan.
6. Tunjukkanlah kami
jalan yang lurus.
7. Iaitu Jalan orang
yang engkau kurniakan nikmat ke atras mereka, bukan jalan orang-orang yang
Engkau murkai dan bukan jalan orang-orang yang sesat.
b) Takbir yang
kedua
Membaca lafaz
seperti pada takbir pertama, kemudian dilanjutkan dengan membaca selawat atas
Nabi Muhammad s.a.w :
"Ya Allah! Berilah rahmat atas penghulu kami Muhammad s.a.w
dan atas keluarganya sebagaimana Engkau telah memberi rahmat pada Nabi Ibrahim
dan keluarganya. Dan berkatilah atas Nabi Muhammad s.a.w. dan atas keluarganya.
Sebagaimana Engakau memberkati Nabi Ibarahim dan atas keluarganya. Pada seluruh
alam. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji dan Maha Mulia".
c. Takbir yang ketiga :
Selepas takbir yang ketiga hendaklah membaca doa untuk
memohonkan ampun pada si mati :
"Ya Allah! Ampunilah dia dan kasihanilah dia dan
sejahterakanlah serta ampunilah dosa kesalahan dia. Dan muliakanlah
kedatangannya dan luaskanlah tempat masuknya (kuburnya) dan bersihkanlah dia
dengan air salju dan embun, bersihkanlah dia dari segala dosa dan sebagaimana
kain putih yang bersih dari segala kotoran dan gantikanlah baginya rumah yang
lebih baik dari rumahnya dan gantikanlah isteri yang lebih baik dari isterinya
dan gantikanlah keluarga yang lebih dari keluarganya dan peliharalah
(hindarkanlah) dia dari seksa kubur dan seksa neraka."
Takbir yang ke empat,
Selepas mengangkat takbir yang keempat hendaklah membaca doa
seperti di bawah ini :
"Ya Allah ! Janganlah kiranya pahala tidak sampai pada kami
dan janganlah Engkau memberi pada kami fitnah sepeninggalannya dan ampunilah
kami dan dia dan bagi saudara -saudara kami yang telah mendahului kami dengan
imam dan janganlah menjadikan gelisah (dengki) dalam hati kami pada orang-orang
yang beriman, Ya Allah! Ya Tuhan kami sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi
Maha Penyayang."
Memberi Salam (selepas membaca doa selepas takbir yang
keempat)
No comments:
Post a Comment