ASSALAMUALAIKUM W.B.T
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.
Bersyukur kita ke hadrat Ilahi, dengan limpah dan kurniaanNya, kita masih dapat bernafas, dapat merasai nikmat Islam dan Iman.
Semoga kandungan yang disediakan dapat dijadikan renungan, pengajaran, panduan dan iktibar bersama.
Segala yang baik datangnya dari Allah, dan yang buruk itu datangnya dari hambaNya yang kerdil lagi hina.
wallahua'lam

AHLAN WASAH LAN WA MARHABAN BIKUM

Saturday 30 June 2012

tentang


Doa Elak Musibah / Malapetaka | Seperti yang diketahui semua hari ini, gempa bumi telah berlaku dan dikeluarkan amaran tsunami. Gempa bumi yang berlaku di Acheh, Indonesia turut dirasai gegarannya di beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia.
Setiap yang berlaku itu pasti ada hikmah disebaliknya dan kita hendaklah banyakkan berdoa. Disini ada doa yang boleh dijadikan panduan bersama untuk mengelakkan sebarang musibah terutamanya gempa bumi yang berlaku buat masa ini.
Walaupun amaran Tsunami telah ditarik balik, eloklah kita persiapkan diri kita secukupnya pada masa kana datang. Gempa bumi tiada siapa yang dapat menduga bila ianya akan berlaku lagi.
Doa Mengelak Musibah :
Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikan khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (al-Baqarah: 155).
Jelaslah bahawa orang-orang yang sabar dengan ujian Allah berkaitan dengan ujian ketakutan, kelaparan, cuaca panas, banjir, kekurangan harta dan jiwa akan mendapat balasan yang setimpal daripada Allah. Balasan tersebut merupakan pahala dan juga hikmah yang lain, yang hanya Allah sahaja yang mengetahuinya.

No comments:

Post a Comment