Makna
perkataan “Selawat”
- Perkataan selawat ( bahasa Arab: الصلوات ) diambil dari perkataan solat ( bahasa Arab: الصلاة ), doa, pujian].
- Telah berkata Al-Bukhariy: Telah berkata Abu `Aliyah:
- Salawat Allah subhanahu wata`ala ialah pujian-Nya di sisi para malaikat.
- Dan salawat malaikat ialah doa.
- Dan salawat orang mu’min ialah memohon rahmat daripada Allah ke atas Nabi Muhammad
إِنَّ
اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ
آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا
Sesungguhnya
Allah dan para malaikat-Nya bersalawat (memuji dan berdoa) ke atas Nabi
(Muhammad s.a.w). Wahai orang-orang yang beriman bersalawatlah kamu ke atasnya
serta ucapkanlah salam dengan penghormatan.
[Al-Ahzab:
56]
Lafaz
Selawat
Terdapat pelbagai lafaz selawat sama
ada ucapan selawat yang asal dari Hadith Sahih atau ucapan selawat yang dinukil
oleh para alim ulama’.
Dari hadith: [An-Nasa'iy/ 1292,
sahih]
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ
وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Allahumma salli `ala muhammadin
wa`ala ali muhammad
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas
Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
Dari hadith: [An-Nasa'iy/ 1288,
sahih], [An-Nasa'iy/ 1290, sahih], [Ibnu Hibban/ 1957, sahih]
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ
وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَآلِ إِبْرَاهِيمَ،
إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا
بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَآلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ
Allahumma salli `ala muhammadin
wa`ala ali muhammad, kama sallayta `ala ibrahima wa’ali ibrahim, innaka hamidun
majid, wabarik `ala muhammadin wa`ala ali muhammad, kama barakta `ala ibrahima
wa’ali ibrahim, innaka hamidun majid
Ya Allah, berilah shalawat kepada
Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah memberi shalawat
kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha terpuji lagi Maha
Mulia. Dan berilah berkat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana
Engkau memberi berkat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau
Maha terpuji lagi Maha Mulia.
Dari hadith: [Ibnu Hibban/ 1959,
isnadnya sahih]
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ
النَّبِيِّ الأُمِّيِّ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ
وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ النَّبِيِّ الأُمِّيِّ
وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ
إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ
Allahumma salli `ala muhammadini
n-nabiyyi l-ummiyyi wa`ala ali muhammad, kama sallayta `ala ibrahima wa `ala
ali ibrahim, wabarik `ala muhammadini n-nabiyyi l-ummiyyi wa`ala ali muhammad,
kama barakta `ala ibrahima wa`ala ali ibrahim, innaka hamidun majid
Ya Allah berilah shalawat kepada Muhammad, Nabi
yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya, sebagaimana Engkau telah memberi
shalawat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Dan berilah berkat kepada
Muhammad, Nabi yang ummi dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau memberi
berkat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha terpuji
lagi Maha Mulia.
bestla selawat ni
ReplyDelete