ASSALAMUALAIKUM W.B.T
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.
Bersyukur kita ke hadrat Ilahi, dengan limpah dan kurniaanNya, kita masih dapat bernafas, dapat merasai nikmat Islam dan Iman.
Semoga kandungan yang disediakan dapat dijadikan renungan, pengajaran, panduan dan iktibar bersama.
Segala yang baik datangnya dari Allah, dan yang buruk itu datangnya dari hambaNya yang kerdil lagi hina.
wallahua'lam

AHLAN WASAH LAN WA MARHABAN BIKUM

Friday 14 September 2012

6 Perkara Pesanan Rasulullah S.A.W. kepada Kaum Lelaki.



6 Perkara Pesanan Rasulullah S.A.W. kepada Kaum Lelaki..

Assalamu'alaikum to all my readers, today i would like to share it to both of guys & girls yang mana guys sesuai dibaca apabila ingin memilih calon isteri..Girls sesuai untuk perubahan diri..OK, lets on...

Firstly, Cerita dia macam ni..I dapat story ni daripada my friend..Daripada ceramah pun ada..

Rasulullah S.A.W ada berpeesan pada kaum lelaki, janganlah engkau kahwini wanita yang ada 6 sifat ini.6 Sifat ni pesan baginda kepada kaum lelaki. So, to guys..Memilih wanita untuk dijadikan isteri biar betul2 sikit yer..Bukan saya kata tak betul pilihan u'olls tapi tepuk dada tanya selera..Selami hati, selami jiwa mantapkan diri..

Ok, directly to 6 sifat tadi :-

1 - "Wanita Hananah iaitu wanita tak pernah, tak pernah nak bersyukur" : Dia tak bersyukur dengan jodohnya & kufur dengan nikmat perkahwinan yang telah ditentukan.

2 - "Wanita Hadaqah iaitu wanita yang suka memaksa serta mengikut nafsu" : Wanita jenis ini sangat mementingkan diri sendiri. Mereka suka membeli barangan mengikut kehendak nasfu. Jadi dia akan memastikan serta memaksa suaminya untuk membeli barangan tersebut demi kepentingan diri sendiri.

3 - "Wanita Syadaqah iaitu wanita yang suka membebel" : Wanita jenis ini suka membebel dan bercakap banyak walaupun benda itu tak penting. Membebel tanpa mengira waktu. Akhibat terlebih banyak membebel maka selalunya apa yang dikerjakan tak menjadi. Hanya tahu komen sahaja.


4 - "Wanita Mananah iaitu wanita yang suka membangga diri serta mengungkit" : Wanita jenis suka mengungkit walaupun pada benda kecil. Serta membanggakan diri walaupun dihadapan suaminya.

5 - "Wanita Ananah iaitu wantia yang banyak komen" : Wanita ini memang patut dijauhi oleh kaum lelaki kerana wanita jenis ini akan komen apa sahaja. Baginya ada saja kesalahan yang dilakukan oleh orang lain walaupun suaminya sendiri.

6 - "Wanita Basaqah iaitu wanita yang suka menunjuk-nunjuk serta suka dipuji" : Wanita Jenis ini gemar menghias diri tetapi bukan untuk dirinya atau suaminya tetapi untuk dipertontonkan pada orang lain dengan tujuan menunjuk-nunjuk serta mendapatkan pujian.

Kepada kaum wanita, (pesanan untuk diri sendiri juga) Ketahuilah, 6 perkara diatas adalah terjerumus dalam sifat yang ditegah sama sekali. Memohon kepada Allah s.w.t agar kita sentiasa di dalam peliharaanNya.

Diatas itu antara 6 perkara yang di pesan oleh Rasulullah kita kepada kaum lelaki. Jadi pada kaum wanita pula, sama-samalah kita agar mengelakkan diri dari 6 perkara diatas. Mohonlah padaNya agar kita sentiasa dilindungi olehNya. Berubahlah jika ada merasakan kita ada melakukan perkara tersebut. Sesungguhnya perkara itu ditegah sama sekali. Wallahualam..

No comments:

Post a Comment