Bilakah anda ingin mengambil
keputusan untuk berhenti merokok?
Mengapa anda berhenti merokok?
Kedua-dua persoalan di atas mesti
jelas di minda anda jika keputusan berhenti merokok dibuat.
Berbagai-bagai sebab yang anda wajib
berhenti merokok, iaitu:
Memanjangkan usia
Rokok membunuh 5000 rakyat Malaysia
setiap tahun. Satu dari dua perokok mati awal disebabkan penyakit yang
berhubung-kait dengan rokok.
Pencegahan penyakit
Terdapat 40 penyakit disebabkan
merokok. Kanser paru-paru,sakit jantung,kronik bronkitis, emfisema, strok dan
ulser perut merupakan penyakit akibat merokok.
Sihat dan hidup
berkualiti
Perokok mudah dijangkiti virus flu,
batuk dan jangkitan paru-paru dibandingkan dengan bukan perokok.
Anak-anak sihat
Merokok membahayakan kesihatan kanak-kanak.
Anak-anak perokok tegar mudah dijangkiti saluran pernafasan, jangkitan telinga
dan jangkitan paru-paru.
Remaja merokok
Anda merupakan contoh utama
pembentukan anak-anak anda. Anak remaja anda mempunyai kecenderungan untuk
merokok jika salah seorang adalah perokok.
Gigi kuning
Merokok menyebabkan gigi menjadi
kusam dan kuning.
Bau nafas
Akibat merokok anda mempunyai bau
nafas yang kurang enak.
Kulit cantik
Orang yang merokok akan beruban cepat
, kulit mudah berkedut dan kusam terutama di bahagian mata dan mulut.
Melindungi keluarga
dan rakan-rakan
Apabila anda merokok berhampiran
dengan bukan perokok, anda menjadikan mereka ini penghisap asap rokok. Mereka
dipanggil perokok pasif. Risiko perokok pasif untuk memperoleh penyakit
berkait-rapat dengan rokok seperti penyakit kanser paru-paru dan sakit jantung
adalah sama. Perokok pasif memudaratkan kanak-kanak.
Mudah letih dan
kurang cerdas
Merokok mempengaruhi tahap kecerdasan
anda. Anda mudah letih dan tidak berstamina apabila melakukan aktiviti seperti
berlari, berjalan atau lain-lain.
Baju dan rambut
berbau
Merokok menyebabkan baju dan rambut
anda mempunyai bau yang kurang enak.
Mengurangkan
pencemaran udara.
Pencemaran udara dapat dikurangkan
jika anda tidak merokok.
Kesuburan(fertiliti)
Merokok menyebabkan kualiti sperma
anda merosot seperti isi padu sperma, mobiliti dan struktur morfologi sperma.
Disfungsi ereksi
Mati pucuk atau disfungsi ereksi
berkait rapat dengan merokok.
Berhenti merokok
tindakan yang wajar.
Apabila anda mengetahui bahaya
merokok dan akibat-akibat merokok ,atau anak-anak anda tergolong dalam kategori
anak remaja merokok ini akan menguatkan semangat anda untuk berhenti merokok.
No comments:
Post a Comment