ASSALAMUALAIKUM W.B.T
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.
Bersyukur kita ke hadrat Ilahi, dengan limpah dan kurniaanNya, kita masih dapat bernafas, dapat merasai nikmat Islam dan Iman.
Semoga kandungan yang disediakan dapat dijadikan renungan, pengajaran, panduan dan iktibar bersama.
Segala yang baik datangnya dari Allah, dan yang buruk itu datangnya dari hambaNya yang kerdil lagi hina.
wallahua'lam

AHLAN WASAH LAN WA MARHABAN BIKUM

Tuesday 18 September 2012

Info Penting Mengenai Kanser - Bhg. 1



Info Penting Mengenai Kanser - Bhg. 1

Setiap orang dari kita mempunyai sel kanser di dalam tubuh masing- masing. Sel kanser ini tidak dapat dikesan melalui ujian biasa sehingga ianya membiak ke jumlah beberapa ribu juta. Sel kanser hanya akan dikesan apabila ia telah membesar ke satu saiz yang mampu dikesan.

Disenaraikan maklumat penting agar kita dapat mengambil langkah bagi mencegah penyakit kanser:
  1. Seseorang akan mendapat sel kanser sebanyak 6 hingga 10 kali di dalam hayatnya.

  1. Sistem imun yang sihat akan memusnah dan menghalang sel kanser dari membiak dan membentuk tumor.

  1. Kanser mungkin disebabkan oleh kekurangan zat makanan, alam sekitar, gaya hidup, makanan dan genetik.

  1. Perubahan diet dan pengambilan makanan tambahan yang sesuai boleh
    mengekalkan kesihatan sistem imun.

  1. Rawatan kemoterapi memusnahkan sel kanser, tetapi dalam masa yang
    sama ia turut memusnahkan sel tubuh yang sihat. Begitu juga dengan
    rawatan radiasi.

  1. Untuk membiak, sel kanser memerlukan makanan yang diperolehi
    melalui:
    • Pengambilan gula; dengan mengurangkan pengambilan gula, ianya dapat memutuskan bekalan makanan kepada sel kanser. Pemanis tiruan bukan pengganti yang baik. Pengganti yang lebih baik ialah madu asli.

    • Garam halus; bahan kimia digunakan untuk membuat ia kelihatan
      putih, baik untuk sel kanser. Bertukar kepada garam laut atau garam
      bukit.

    • Susu membuat tubuh menghasilkan mukus/lendir terutamanya di trek usus perut. Sel kanser memakan mukus. Bertukarlah kepada susu soya tanpa gula.

    • Sel kanser subur dalam persekitaran berasid. Makanan berasaskan
      daging adalah berasid. Lebih baik untuk memakan ikan atau sedikit
      ayam. Daging juga mengandungi antibiotik, hormon pembiakan dan
      parasit yang membahayakan terutamanya kepada pesakit kanser.


No comments:

Post a Comment