Fatwa Mengenai Ajaran Syiah
Tarikh Keputusan:
30 May, 1996
Keputusan:
Mesyuarat
Jemaah Ulama’ Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang
bersidang pada 30 Mei 1995 telah membincangkan fatwa mengenai golongan
ajaran Syiah. Mesyuarat telah membuat keputusan bersetuju menfatwakan
sebagaimana berikut:
(1)
Bersetuju dengan keputusan Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis
Kebangsaan yang diadakan pada 3 Mei 1996 supaya keputusan Muzakarah
Khas Jawatankuasa Fatwa yang telah diadakan pada 24 dan 25 September
1984 [Kertas bil.2/8/84, perkara 4.2(2)] mengenai aliran Syiah yang
menetapkan seperti berikut:
Setelah
berbincang dan menimbang kertas kerja ini Jawatankuasa telah mengambil
keputusan bahawa hanya Mazhab Syiah dari golongan Zaidiah dan Ja’fariah
sahaja yang diterima untuk diamalkan di Malaysia). ( dibatalkan )
.
(2). Menetapkan bahawa umat Islam di Kelantan hendaklah hanya mengikut
ajaran Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi
akidah, syariah dan akhlak. Ini adalah kerana ajaran Syiah jelas
menyeleweng dari segi akidah, syariah dan akhlak.
(3)
Menyokong dan menerima cadangan pindaan Perlembagaan Persekutuan dan
Perlembagaan Negeri-Negeri bagi memperuntukkan dengan nyata bahawa agama
bagi persekutuan dan negeri –negeri hendaklah agama Islam yang
berasaskan peganganAhli Sunnah Wal Jamaah dari segi akidah, syariah dan
akhlak.
(4)
Memperakukan pindaan kepada semua undang-undang negeri yang berhubungan
dengan hukum syarak bagi menyelaraskan takrif (hukum syarak) atau
(undang-undang Islam) seperti berikut:
(Hukum
syarak) atau ( undang-undang Islam) ertinya undang-undang Islam yang
berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi akidah, syariah dan
akhlak.
(5)
Memperakukan bahawa ajaran Islam yang lain daripada pegangan Ahli
Sunnah Wal Jamaah adalah bercanggah dengan hukum syarak dan
undang-undang Islam; dan dengan demikian penyebaran apa-apa ajaran yang
lain daripada pegangan ahli-ahli Sunnah Wal Jamaah adalah dilarang.
(6)
Menetapkan bahawa semua umat Islam di negeri ini adalah tertakluk
kepada undang-undang Islam dan hukum syarak yang berasaskan pegangan
kepada ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah.
(7)
Menetapkan bahawa penerbitan, penyebaran dan penyiaran apa-apa buku,
risalah, filem, video dan lain-lain yang berkaitan dengan ajaran Islam
yang bertentangan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah
diharamkan.
Keterangan/Hujah:
- Penyelewengan akidah.
(I ) Muhamad bin Ya’akob Al kulini meriwayatkan dalam Usul Kafi dari Abi Abdullah kata beliau,))sesungguhnya
dunia dan akhirat adalah kepunyaan Imam. Dia boleh meletakkannya dimana
dikehendakinya dan memberikan kepada sesiapa yang dikehendakinya. Ini
adalah satu kebenaran dari pihak Allah kepadanya (Al Kafi, jilid1,
halaman 409) bab dunia ini semuanya kepunyaan Imam, sedangkan Allah
berfirman di dalam Al Quran:
( إن الارض لله يورثها من يشاء من عباده, الاعراف, اية 128)
Yang bermaksud: Sesungguhnya bumi ini kepunyaan Allah diberikan kepada sesiapa yang dikehendakinya dari hamba-hambanya.
Allah berfirman:
( الحديد, اية 2) له ملك السموات والارض
Yang bermaksud: (kepunyaannyalah kerajaan langit dan bumi).
(ب) Imam adalah pangkat tertinggi bahkan menjadi salah satu rukun iman;
(ج) Imam adalah maksum tidak melakukan sebarang dosa-dosa baik dosa kecil atau dosa besar.
( د ) Imam masih mendapat wahyu dari Tuhan dan mewarisi pangkat nabi;
( ه ) Mempertikaikan kesempurnaan al-Quran.
(ii) Penyelewengan Syariah
(ا) Golongan Syiah juga tidak memandang berat terhadap sembahyang, zakat dan haji kerana mereka ada meriwayatkan daripada Jaafar as-Sodik bahawa
beliau berkata,(( Sesungguhnya Allah menghindarkan azab dan kebinasaan
daripada orang yang tidak bersembahyang dari kalangan kita dengan orang
yang bersembahyang daripada Syiah kita. Dan sesungguhnya Allah
menghindarkan (azab dan seksaan) daripada Syiah yang tidak mengeluarkan
zakat dengan Syiah kita yang mengeluarkan zakat, dan sesungguhnya Allah
menolak azab dan seksaan daripada syiah kita yang tidak mengerjakannya.
(Tafsir القمي, jilid satu halaman 83,84, tafsir العياشي,
jilid 1, halaman 135). Mereka tidak memandang berat terhadap
sembahyang, zakat dan haji kerana dengan adanya segolongan daripada
orang yang mengerjakan sembahyang dan menunaikan haji dianggap sudah
mencukupi.
(ب)Menghalalkan
perkahwinan mutaah. Untuk menggalakkan amalan tersebut, golongan Syiah
mereka hadis-hadis palsu yang disandarkan kepada Imam dua belas mereka.
Antara hadis tersebut, Rasulullah SAW bersabda: Barang siapa keluar
dari dunia ini dalam keadaan tidak pernah melakukan kahwin mutaah dia
akan datang pada hari akhirat dalam keadaan rompong. Dalam kitab Tahzib al-Ahkam, jilid 7, halaman 254 ada menyebut bahawa kahwin mutaah tidak memerlukan saksi,wali dan perisytiharan.
(iii) Penyelewengan Akhlak
Golongan
Syiah dan orang-orang yang diracuni fikirannya oleh fahaman Syiah
bersifat biadab terhadap nabi-nabi dan rasul-rasul dengan berpegang
kepada riwayat daripada ملا باقرالمجلسي dalam kitabnya Baharul Anwar (secara
dusta) daripada nabi (SAW) bahawa nabi berkata kepada Ali (Wahai Ali,
Engkau memiliki apa yang tidak dimiliki olehku. Fatimah isterimu,
sedangkan aku tidak mempunyai isteri seumpamanya, sedangkan aku
tmempunyai isteri yang seumpamanya, daripadanya engkau memperolehi dua
orang anak lelaki yang mana tidak ada bagiku dua orang anak lelaki
seumpamanya. Khadijah pula ibu mertuamu sedangkan aku tidak mempunyai
ibu mertua yang penyayang seumpamanya. Aku sendiri bapa mertuamu
sedangkan aku sendiri tidak mempunyai bapa mertua yang penyayang seperti
bapa mertuamu.Jaafar adalah saudaramu sedangkan aku tidak mempunyai
saudara seumpama Jaafar. Fatimah al-Hashimah adalah ibumu dimana aku
tidak mendapat ibu seumpamanya.)) Kitab Bihar al-Anwar, kitab
al-Syahadah jilid 5, halaman 511).
الكليني menyebutkan bahawa darjah Imamah adalah lebih tinggi dari darjah kenabian, kerasulan dan khilatullah (خلة الله). Untuk maksud ini dia الكليني)) telah berdusta atas nama Jaafar al-Sodik bahawa
beliau berkata sesungguhnya Allah menjadikan Ibrahim sebagai hamba
sebelum menjadikannya sebagai rasul, dan sesungguhnya Allah telah
menjadikannya rasul sebelum menjadikan khalil dan sesungguhnya Allah
menjadikannya sebagai khalil sebelum menjadikannya sebagai Imam.(Kitab al-Hujjah Minal Khafi, jilid 1 halaman 175)
No comments:
Post a Comment