ASSALAMUALAIKUM W.B.T
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.
Bersyukur kita ke hadrat Ilahi, dengan limpah dan kurniaanNya, kita masih dapat bernafas, dapat merasai nikmat Islam dan Iman.
Semoga kandungan yang disediakan dapat dijadikan renungan, pengajaran, panduan dan iktibar bersama.
Segala yang baik datangnya dari Allah, dan yang buruk itu datangnya dari hambaNya yang kerdil lagi hina.
wallahua'lam

AHLAN WASAH LAN WA MARHABAN BIKUM

Monday 10 September 2012

jauhi tujuh dosa besar

Hadis: Umat Islam diingatkan jauhi tujuh dosa besar
DARIPADA Abu Hurairah bahawa Nabi Muhammad saw bersabda maksudnya:
"Jauhilah tujuh kebinasaan". Kata mereka (sahabat): "Wahai Rasulullah! Apa dia"? Sabdanya: "Iaitu syirik dengan Allah, sihir, membunuh diri yang diharamkan Allah melainkan dengan hak, makan riba, makan harta anak yatim, berpaling atau lari dari medan peperangan dan menuduh wanita-wanita Mukmin yang baik." (Hadis riwayat Syaikhan).

Dalam hadis di atas, Nabi mengingatkan supaya menjauhi daripada tujuh kebinasaan itu, yang juga dosa besar yang sangat membahayakan seseorang.
Antara dosa itu ada yang menggugat iman dan akidah. Ada pula yang boleh mengancam keamanan masyarakat dan menjatuhkan kehormatan orang dan agamanya sendiri. Sembahlah Allah dan jangan mensyirikkan sesuatu dengan-Nya. Jauhilah sihir, membunuh, makan riba, menipu harta orang, menuduh orang dan lari daripada tanggungjawab. Kita juga ditegah daripada menuduh atau memfitnah wanita yang baik yang boleh mengaib mereka.

Dalam hadis lain, daripada Abi Bakrah Nufaie bin Al-Harith Ath-Thaqafi, Rasulullah bersabda: "Apabila dua orang Islam berhadapan dengan pedang masing-masing, maka pembunuh dan yang dibunuh kedua-duanya dalam neraka." Kataku, wahai Rasulullah! Ini pembunuh, bagaimana yang dibunuh? Sabdanya: "Dia juga ingin membunuh lawannya." (Hadis riwayat Syaikhan)
Dalam hadis ini, Nabi menyatakan bagaimana akibat daripada pembunuhan sesama sendiri. Mereka yang berbunuh-bunuhan sesama mereka akan dimasukkan ke dalam neraka. Bukan saja, si pembunuh, malah yang dibunuh akan mendapat seksaan yang sama di akhirat nanti. Kerana dia juga berazam malah, bermati-matian hendak membunuh saudaranya. Jauhilah daripada bermusuhan sama sendiri dan hapuskanlah khabar angin serta perkara yang boleh menimbulkan fitnah di kalangan masyarakat.

No comments:

Post a Comment