Kita
sentiasa berada dalam dosa. Dosa-dosa itulah yang menjadi hijab antara hamba
dengan Allah SWT dan kerananya juga Allah memandang hamba-Nya itu dengan penuh
benci dan murka sehingga terhijab seluruh rahmat dan kasih sayang-Nya. Bila ini
terjadi, apa saja amal ibadah dan kebajikan yang kita buat, Allah tidak pandang
dan tidak terima. Yakni pahalanya tergantung atau tidak sampai kepada Allah.
Bahkan bukan itu saja, di Akhirat besok, Allah akan menghukum dengan Neraka
yang maha dahsyat. Oleh itu wajib setiap hamba Allah itu bertaubat dengan
segera terutamanya apabila melakukan dosa dan kesalahan.
Taubat
ertinya kembali merujuk kepada Allah yang Maha Pengampun dan Maha Penyayang.
Menyerah diri (surrender) pada-Nya dengan hati penuh penyesalan yang
sungguh-sungguh. Yakni kesal, sedih, dukacita serta rasa tidak patut di atas
dosa-dosa yang dilakukan sehingga menangis mengeluarkan air mata. Hati terasa
pecah-pecah bila mengingati dosa-dosa yang dilakukan itu. Merayu moga-moga
Allah ambil perhatian. Memohon agar Allah yang Maha Pengampun akan
mengampunkannya. Meminta agar Allah memandang dan memberi dengan penuh kasih
sayang. Hati yang pecah-pecah itu menjadikan anggota-anggota lahir (mata,
telinga, kepala, kaki, tangan, kemaluan) tunduk dan patuh dengan syariat yang
Allah telah tetapkan dan berjanji tidak akan mengulangi lagi perbuatanperbuatan
derhaka itu.
Itulah
pengertian taubat. Tidak sepertimana sesetengah orang memahami pengertian
taubat selama ini. Kata mereka, cukup dengan hanya mengucapkan istighfar di
mulut, “ Astaghfirullahal azim.” Hati tidak merasa bersalah dan berdosa. Tidak
semudah itu Allah SWT hendak menerima taubat hamba-hamba-Nya kecuali setelah
menempuh syarat-syarat (proses) yang telah ditetapkan-Nya.
Syarat-syarat
taubat ada dua bahagian sebagaimana dosa dan pahala terbahagi kepada dua,
iaitu:
a. syarat taubat di atas dosa dan kesalahan dengan Allah
b. syarat taubat di atas dosa dan kesalahan dengan sesama manusia
SYARAT
TAUBAT DOSA DENGAN ALLAH
Antara
syarat-syarat taubat yang berhubung kait dengan Allah ialah:
1. Menyesal sungguh di atas dosa-dosa yang telah dilakukan. Yakni terasa kesal, sedih, dukacita, rasa tidak patut kerana melanggar syariat Allah. Sekaligus datang perasaan menyerah diri kepada-Nya.
1. Menyesal sungguh di atas dosa-dosa yang telah dilakukan. Yakni terasa kesal, sedih, dukacita, rasa tidak patut kerana melanggar syariat Allah. Sekaligus datang perasaan menyerah diri kepada-Nya.
2. Berazam bersungguh-sungguh tidak akan mengulangi lagi perkara-perkara yang menjadi larangan Allah itu.
3. Meninggalkan perkara-perkara yang mendatangkan dosa-dosa dengan Allah sama ada dosa besar atau dosa kecil.
a.
Antara contoh-contoh dosa besar ialah meninggalkan sembahyang, tidak puasa,
tenung nasib, minum arak, zina, judi, rasuah, riba, memfitnah, mengumpat,
membunuh dan lain-lain lagi.
b.
Di antara dosa-dosa kecil ialah mendedahkan aurat, bergaul bebas antara lelaki
dan perempuan, mendengar nyanyian yang menaikkan nafsu syahwat, bercakap
perkaraperkara lucah, bergurau berlebih-lebihan, berkelakar, membazir dan
lain-lain lagi.
Oleh
itu, kalaulah selama ini kita terlibat dengan perbuatan yang haram (seperti riba,
mendedahkan aurat, minum arak) maka kita tidak akan buat lagi atau terus
tinggalkan perbuatan tersebut. Juga kalau kita terlibat dengan dosa-dosa kerana
meninggalkan perkara-perkara wajib (seperti meninggalkan sembahyang dan tinggal
puasa), maka kita tidak akan meninggalkannya lagi. Ertinya kita terus
melaksanakan perkara-perkara yang wajib dengan bersungguh-sungguh dan membayar
(qadha) segala perintah wajib yang tertinggal.
SYARAT
TAUBAT DOSA DENGAN MANUSIA
Sekiranya
seseorang itu berbuat dosa dan kesalahan yang ada hubungan sesama manusia,
antara syarat-syarat taubat yang mesti ditempuhi ialah:
1. Menyesal sungguh-sungguh di atas segala kesalahan yang dibuat terhadap orang lain itu. Benar-benar terasa di hati
perasaan sedih, dukacita dan rasa tidak patut berbuat begitu.
2. Meninggalkan terus perkara-perkara yang mendatangkan dosa dengan manusia.
3. Berazam bersungguh-sungguh untuk tidak mengulangi perkara-perkara yang mendatangkan dosa yang ada hubungan dengan manusia itu.
4. Meminta maaf atau meminta redha (halal) kepada orang yang kita telah berbuat dosa terhadapnya atau bayar semula ganti rugi atau pulangkan barang yang telah diambil.Dosadosa sesama manusia ini kalau hendak disebutkan terlalu banyak.
Secara
ringkasnya ia boleh dibahagikan kepada empat kategori iaitu:
a.
Dosa yang ada hubungan dengan harta.
Contohnya hutang yang tidak dibayar, harta yang dicuri, dirampas, ditipu, dibinasakan dan lain-lain lagi. Ini semua mesti minta dihalalkan atau meminta maaf pada orang yang bersangkutan atau bayar hutang atau dibayar ganti ruginya atau seumpamanya.
Contohnya hutang yang tidak dibayar, harta yang dicuri, dirampas, ditipu, dibinasakan dan lain-lain lagi. Ini semua mesti minta dihalalkan atau meminta maaf pada orang yang bersangkutan atau bayar hutang atau dibayar ganti ruginya atau seumpamanya.
b.
Dosa yang ada hubungan dengan peribadi.
Contohnya pukul, tempeleng, cubit, rotan, dera seperti membuli, mengikat, merantai, menyeksa dengan barangbarang tajam atau binatang-binatang bisa, mencacatkan anggotanya atau memotong anggotanya, mengurung atau memenjarakannya dan lain-lain. Dosa-dosa ini semuanya mesti diminta maaf kepada orang berkenaan dan bersedia menerima hukuman mengikut ketentuan syariat sekiranya dia meminta untuk mengenakan hukuman di atas perbuatan kita itu.
Contohnya pukul, tempeleng, cubit, rotan, dera seperti membuli, mengikat, merantai, menyeksa dengan barangbarang tajam atau binatang-binatang bisa, mencacatkan anggotanya atau memotong anggotanya, mengurung atau memenjarakannya dan lain-lain. Dosa-dosa ini semuanya mesti diminta maaf kepada orang berkenaan dan bersedia menerima hukuman mengikut ketentuan syariat sekiranya dia meminta untuk mengenakan hukuman di atas perbuatan kita itu.
c.
Dosa yang ada hubungan dengan maruah atau agamanya.
Misalnya memberi malu di depan khalayak ramai, mengumpat dirinya, menghinanya, menuduh dia dengan tuduhan-tuduhan yang tidak benar, fitnah dan lain-lain kesalahan. Ini mesti diminta maaf atau minta redha.
Misalnya memberi malu di depan khalayak ramai, mengumpat dirinya, menghinanya, menuduh dia dengan tuduhan-tuduhan yang tidak benar, fitnah dan lain-lain kesalahan. Ini mesti diminta maaf atau minta redha.
d.
Dosa yang ada hubungan dengan keluarganya.
Contohnya kita pernah pegang-pegang, raba-raba, cium anak gadisnya atau zinai anggota keluarganya atau bunuh ahli keluarganya dan lain-lain. Maka hendaklah minta maaf dan minta redha dari keluarganya. Kalau mereka tidak redha dan maafkan, kenalah sanggup diapa-apakan sahaja oleh pihak keluarganya itu sama ada dipukul, ditempeleng dan sebagainya mengikut yang ditentukan oleh syariat.
Di
sini kita dapat lihat bahawa bertaubat terhadap dosa dengan sesama manusia
lebih berat daripada dosa dengan Allah. Ia mesti menempuh empat syarat tetapi
dosa dengan Allah hanya tempuh tiga syarat.
Semua tuntutan syariat ini mesti dibuat mengikut kaedah di atas, barulah taubat itu diterima oleh Allah. Sungguhpun begitu bukan mudah untuk menunaikan syarat-syarat tadi melainkan setelah memiliki hati yang benar-benar ikhlas dan surrender (menyerah sebulat hati) pada-Nya. Kalau tidak dapat menunaikan syarat-syarat ini, taubat itu tetap tidak akan diterima. Orang yang egonya tinggi amat berat untuk bertaubat. Lebih-lebih lagi dosa yang dilakukan itu terhadap sesama manusia.
Begitulah
kasih sayang Allah kepada hamba-hamba-Nya kalau mereka membuat dosa-dosa. Masih
ada peluang bertaubat untuk mendapat keampunan dari Allah dengan menempuh
syarat-syarat yang telah disebutkan. Kecuali dosa syirik yang tidak mendapat
keampunan dari Allah. Ini telah dinyatakan di dalam firman-Nya: “Sesungguhnya
Allah tidak akan mengampunkan dosa-dosa syirik tetapi akan mengampunkan selain
itu.” (An Nisaa’: 48)
Maknanya
selain syirik, orang-orang yang bertaubat daripada dosa-dosanya akan diampunkan
oleh Allah. Apabila diampunkan, maka samalah dia seperti orang yang tidak
berdosa. Sabda Rasulullah SAW:
Sabda
Rasulullah SAW: “Orang yang bertaubat daripada dosa sepertilah orang yang tidak
berdosa.” (Riwayat At Tabrani)
Sabdanya
yang lain: “Sesungguhnya Allah menyukai seorang mukmin yang terjerumus berbuat
dosa tetapi bertaubat.” (Riwayat Ahmad)
Seterusnya
Sabda Baginda lagi: “Sesungguhnya Allah menerima taubat hamba-Nya selama nyawa
belum sampai ke tenggorokan.” (Riwayat Ahmad)
“Semua
anak Adam pembuat kesalahan, dan sebaik-baik pembuat kesalahan ialah mereka
yang bertaubat.” (Riwayat Addarami)
“Tiada
sesuatu yang lebih disuaki Allah daripada seorang pemuda yang bertaubat.”
(Riwayat Ad Dailami)
Allah juga memberitahu kita dalam firman-Nya: “Maka barangsiapa yang bertaubat, sesudah melakukan kejahatan itu dan membaiki diri, maka sesungguhnya Allah menerima taubatnya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Al Maidah: 39)
Allah juga memberitahu kita dalam firman-Nya: “Maka barangsiapa yang bertaubat, sesudah melakukan kejahatan itu dan membaiki diri, maka sesungguhnya Allah menerima taubatnya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Al Maidah: 39)
Firman
Allah yang bermaksud: “Tidakkah kamu tahu, sesungguhnya Allah yang mempunyai
kerajaan langit dan bumi, diseksa-Nya siapa yang dikehendaki-Nya dan
diampuni-Nya bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah Maha Kuasa atas segala
sesuatu.” (Al Maidah: 40)
Allah
berfirman lagi: “Dan barangsiapa yang mengerjakan ke-jahatan dan menganiaya
dirinya kemudian dia memohon ampun kepada Allah, nescaya dia mendapati Allah
Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (An Nisaa’: 110)
Berdasarkan
Hadis-Hadis dan ayat-ayat Al Quran tadi, dapat difahami bahawa wajib setiap
orang Islam itu bertaubat daripada dosa-dosanya supaya tidak menjadi hijab
antara dia dengan Allah SWT (huraian lanjut dalam Bab 28: Rahsia Hati). Setelah
bersih daripada dosa, hijab pun terangkat. Terhubunglah kembali kasih Allah
yang terputus selama ini. Dia memandang hamba-Nya itu dengan pandangan penuh
kasih sayang sehingga rahmat-Nya melimpah ruah. Justeru itu, hiduplah si hamba
yang bertaubat itu dengan penuh bahagia di dunia dan mendapat balasan Syurga di
Akhirat.
Demikianlah
jika sebaliknya berlaku. Kalau hamba itu tidak bertaubat daripada dosa-dosanya,
ertinya dia akan sentiasa berada dalam keadaan dosa. Maka terhijablah dia
dengan Allah SWT. Hubungannya dengan Allah terputus. Di waktu itu Allah
memandangnya dengan penuh kebencian dan kemurkaan. Rahmat dan kasih sayang
Allah terputus. Seluruh amal ibadahnya tergantung. Di Akhirat nanti Allah seksa
lebih dahulu dengan azab yang amat pedih.
Sebab
itu Allah meminta dan memujuk hamba-hamba-Nya supaya segera bertaubat.
Firman-Nya: “Dan bersegeralah kamu kepada ampunan Tuhanmu dan kepada Syurga
yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang yang bertaqwa,
iaitu orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang mahu pun sempit,
dan orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang. Dan Allah
menyukai orang yang membuat kebajikan. Dan juga orang yang apabila mengerjakan
perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu
memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka, dan siapa lagi yang dapat mengampunkan
dosa selain daripada Allah. Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu
sedang mereka mengetahui.
Firman
Allah: “Mereka itu balasannya ialah ampunan dari Tuhan mereka dan
Syurga yang di dalamnya mengalir sungai-sungai, sedang mereka kekal di
dalamnya, dan itulah sebaik-baik pahala orang yang beramal.” (Ali
Imran: 133-136)
Berdasarkan
ayat ini Allah meminta kita bersegera bertaubat. Yakni membesihkan diri dari
dosa dan menyerah diri sepenuh hati pada Allah, sebelum kedatangan mati atau
sebelum bertemu dengan-Nya. Kerana mati itu tidak tahu bila masanya. Boleh jadi
mengejut, datang tiba-tiba. Setelah bertaubat, Allah menyuruh kita segera
mengejar Syurga. Yakni dengan cara melakukan amal soleh atau amal kebajikan
seperti berjuang, berkhidmat kepada masyarakat, bersedekah, menahan marah,
memaafkan kesalahan orang dan sebagainya. Orang yang tidak bertaubat ertinya
orang yang berdosa.
Jika
dalam waktu yang sama dia beramal ibadah atau mengadap Allah, perbandingannya
samalah dengan seorang rakyat datang mengadap raja iaitu:
a.
Jika seseorang itu terlibat dengan dosa-dosa besar, dirinya umpama seorang
rakyat yang hendak bertemu raja sedangkan seluruh badan dan pakaiannya penuh dengan
najis tahi anjing yang sangat busuk dan menjijikkan. Najis tahi anjing itu
bukankah najis mughallazah, yakni najis yang amat be-rat. Jadi dia bukan saja
tidak dapat berjumpa dengan raja bahkan di pagar istana lagi sudah ditangkap
dan dihukum penjara oleh pengawal-pengawal istana, kerana dianggap mengotori
majlis raja.
b.
Orang yang melakukan dosa-dosa kecil pula macamlah seorang rakyat yang hendak
bertemu dengan raja tapi badan dan pakaiannya penuh dengan najis tahi ayam atau
tahi kucing atau tahi lembu yang sangat busuk dan sangat dibenci orang. Macam
nasib orang tadi juga, belum sempat berjumpa raja, di pagar istana lagi dia
sudah ditangkap dan dihukum penjara. Cuma hukuman yang dijatuhkan mung-kin agak
ringan sedikit berbanding dengan orang yang pertama tadi.
c.
Demikianlah juga berlaku dengan orang yang melakukan perbuatan-perbuatan
makruh. Orang ini macamlah orang yang badan dan pakaiannya bercelomos dengan
lumpur, debu-debu, habuk-habuk atau peluh yang busuk dan berbau hangit tapi
bukan bernajis. Tiba-tiba dia mahu mengadap raja. Mungkin dia tidak dihalang
untuk ke majlis raja tapi dia akan dimarahi dan ditempelak oleh pengawal raja
kerana dianggap tidak bersopan. Walaupun tidak ditangkap tapi dia akan dapat
malu juga kerana dimarahi.
Oleh
itu untuk bertemu raja, ada syarat-syaratnya yang mesti dijaga supaya sentiasa
berdisiplin iaitu kemas, bersih, rapi dan tahu adab-adab mengadap raja. Kalau
tidak, di luar istana lagi akan dihalau, tidak diterima masuk mengadap dan
ditangkap untuk dipenjarakan.
Demikianlah
juga dengan orang-orang yang melakukan kesalahan, sama ada dosa-dosa besar
mahupun dosa-dosa kecil, kalau tidak bertaubat, di Akhirat dia tidak berpeluang
melihat Zat Allah yang Maha Indah. Sebaliknya, tempatnya adalah Neraka yang
amat pedih dan amat dahsyatnya. Orang yang melakukan perbuatan makruh juga
kalau tidak bertaubat, walaupun tidak diazab seksaan Neraka, tapi Allah
memandang dengan penuh benci. Dia dimarahi, diherdik dan diberi malu di depan
makhluk-makhluk lain sehingga malu yang dirasakan pada kita waktu itu tidak
terhingga dan terkata. Sehingga cair dan gugurlah segala daging-daging di muka
dan akhirnya tinggallah rangka-rangka yang sangat hodoh dan mengerikan.
Begitulah penanggungan malu yang dirasakan waktu itu.
Itu
baru azab malu kerana terlibat dengan perbuatan makruh yang Allah benci. Itupun
sudah tidak tertanggung oleh kita. Gambarkanlah seksaan yang akan ditanggung
kalau melakukan dosa-dosa besar dan dosa-dosa kecil. Sudah tentu tersangatlah
azab dan seksanya. Oleh itu marilah kita sama-sama bertaubat daripada segala
dosa sama ada dosa-dosa kecil dan perbuatan yang dibenci iaitu makruh.
Moga-moga kita menjadi orang yang bertaubat dan taubat kita diterima oleh
Allah.
No comments:
Post a Comment